3 PILIHAN MUDAH PEMBELIAN EMAS PUBLIC GOLD

Ada yang beranggapan bahawa untuk memiliki emas perlu duit yang banyak. Banyak proses yang perlu dilalui. Perlu sediakan berbagai dokumen. Sebenarnya anggapan sebegini adalah salah. Dari segi proses, memiliki emas tidak serumit pembelian aset rumah. Semudah ABC, itulah hakikatnya.

Di Public Gold telah menyediakan platform yang mudah untuk orang ramai memiliki emas. Dengan platform ini sesiapa sahaja boleh membelinya walau dari negara mana kita menetap, belajar mahupun bertugas.

Kalau berminat untuk beli emas Public Gold boleh pilih 3 cara ini:

#1-Normal Purchase (Pembayaran Penuh)

  • Cara pertama ini jika kita mempunyai duit yang mencukupi untuk buat pembayaran penuh.

  • Buka laman web public gold, pilih gram emas yang berkenan dengan bajet. Buat order dengan lock (kunci) harga semasa. Seterusnya buat pembayaran.

  • Boleh juga kalau kita datang terus ke branch untuk beli emas dengan cara ini tanpa order terlebih dahulu. Cuma sedikit risiko ialah bila ketiadaan stok emas yang dimahukan.

#2- Syariah Easy Payment Purchase (Pembayaran Ansuran)

  • Jika tidak mampu buat pembayaran penuh dan hanya ada bajet kecil, boleh beli dengan cara Syariah Easy Payment Purchase iaitu ansuran 4 bulan atau 10 bulan.

  • Ansuran 4 bulan jika pembelian minima RM 500 ke atas (Contoh: 1 Dinar atau 10 gram) dan 10 bulan jika pembelian minima RM 5000 ke atas (Contoh: 10 Dinar atau 50 gram).

  • Ada masa tertentu Public Gold akan buat promosi beli emas bagi item kecil seperti 1 Dinar atau 10 gram dengan ansuran 10 bulan
Contoh pembelian 1 Dinar (4.25 gram) secara ansuran 10 bulan dengan promosi dari FB Live.
  • Kalau bayar secara lump sum sebelum habis tempoh ansuran yang dijadualkan juga boleh, tidak ada masalah.

  • Setelah habis pembayaran, boleh ambil emas di branch.

  • Pembelian secara ansuran ini adalah patuh Syariah, Alhamdulillah.

#3- Gold Accumulation Program (Pembelian Akumulatif)

  • Gold Accumulation Program atau singkatannya GAP adalah cara yang paling mudah bagi semua orang untuk memiliki emas Public Gold. Boleh beli emas serendah BND 30 lebih atau RM 100.

  • Konsep paling mudah memahaminya ialah seperti bank. Di bank kita akan simpan duit tidak kiralah 10, 20, 50 atau 100 ringgit untuk beberapa hari atau bulan. Lama-kelamaan ia akan terkumpul hingga ratusan, ribuan atau jutaan.

  • Begitu juga dengan hal GAP ini sama seperti konsep bank. Cuma bezanya ialah GAP kita simpan emas manakala bank simpan duit. GAP simpan GRAM emas, bank simpan BND/RM duit.

  • Jika duit di bank kita boleh withdraw bila-bila masa dan di mana saja. Begitu juga GAP boleh simpan dan withdraw (collect emas) bila-bila masa dan di mana-mana branch. Untuk collect emas di mana-mana branch, sebaiknya call dulu supaya pihak branch dapat sediakan gram emas yang kita hendak keluarkan.

  • Pilihan pembelian ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai bajet kecil. Malah seorang pelajar atau orang bekerja di luar negara pun boleh menggunakan cara ini. Boleh beli dan simpan emas dulu, nanti sudah ada masa lapang baru ambil emas di branch.

Itulah 3 cara yang mudah untuk kita memiliki emas dengan platform Public Gold. Boleh pilih mana-mana cara yang sesuai dengan bajet kita. Mahu beli dengan 3 cara ini serentak pun boleh. Tiada masalah.

Semoga bermanfaat.

Mohammad Redzuan Meludin
09 Zulhijjah 1441 / 31 Julai 2020


Jika anda berminat untuk membeli emas Public Gold atau belajar tentang simpanan emas dengan bimbingan PERCUMA dari saya,  boleh whatsapp saya +673 8817602 (Redzuan).

Jemput Follow saya di media sosial untuk mendapatkan ilmu emas dan kewangan serta motivasi kehidupan:

Saya Redzuan atau boleh panggil Ewan. Saya suka berkongsi ilmu tentang pengurusan kewangan dan paling penting ialah mendidik masyarakat di Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia untuk celik tentang emas. Saya akan bimbing secara PERCUMA. Semoga kita berjumpa satu hari nanti, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *