CIPTA TABIAT MENYIMPAN DENGAN CARA INI. SIMPLE!

“Alaaa… sekarang gaji kecil, nanti sudah gaji besar baru aku mula simpan duit”

Itulah di antara bisikan yang menghalang kita untuk mula menyimpan Andai kata sekarang kita bergaji kecil dan hanya mampu menyimpan $1 atau $10 sebulan lalu kita endahkan saja untuk menyimpan. Alasannya ialah sebab jumlah kecil tidak akan menjadikan kaya.

Percayalah bila sudah bergaji besar atau ada kenaikan gaji, pasti tidak akan menyimpan. Sebab apa? Sebab tabiat suka menyimpan menyimpan belum terbentuk dalam diri. Semakin gaji naik, nafsu untuk berbelanja untuk ikut naik!

Orang kaya yang berjaya ialah mereka ada tabiat menyimpan. Dari tabiat inilah akan menghasilkan sikap konsistensi. Bila konsisten menyimpan, di situlah kekayaan mula dibina. Inilah resepi orang kaya. Ia bermula bukan dengan berapa jumlah pendapatan yang dapat setiap bulan. Bukan juga berapa jumlah duit yang dibelanjakan. Hakikatnya ialah pada berapa simpanan yang dapat dibuat dan ini memerlukan kepada tabiat suka menyimpan.

Simpan Duit Syiling

Sebelum urus untuk menyimpan ratusan, ribuan, jutaan, didik diri untuk melahirkan sifat suka menyimpan dari awal. Cara paling simple untuk wujudkan sifat menyimpan ialah simpan duit syiling. Ini caranya:

  1. Setiap kali dapat duit syiling, terus simpan.
  1. Kalau bayar di cashier, guna saja duit kertas walau jurujual tanya ada 20 sen? 30 sen? dan sebagainya.Tutup mulut dan geleng kepala sahaja.  Haha
  1. Hatta sekiranya beli gula-gula 10 sen pun di kedai runcit, bayar saja dengan duit kertas 1 ringgit. Baki sen-sen simpan saja terus ke tabung.
  1. Kalau tidak mampu simpan semua duit syiling, spesifikan nilai sen yang disimpan. Boleh fokus simpan 50 sen sahaja.
  1. Kalau tidak mampu, simpan saja syiling 20 sen.
  1. Kalau tidak mampu juga, simpan syiling 10 sen sahaja.
  1. Sediakan satu tabung khas untuk simpan duit syiling. Kalau boleh tabung yang tidak senang untuk kita korek. Tidak boleh dibuka kecuali perlu dipecahkan.
  1. Buat matlamat simpan tabung syiling untuk berapa lama. Contoh 3 bulan, 6 bulan atau 1 tahun. Mesti buka tabung hanya bila tamat tempoh!
Tabung kaca yang saya sediakan untuk duit syiling. Hanya boleh buka (pecah) selepas tempoh 1 tahun 🙂

Perlu diingatkan, fokus utama dalam menyimpan syiling ini bukan pada berapa sen yang kita kumpul tapi lebih kepada memupuk tabiat menyimpan. Bila kita selalu buat, otak kita akan automatik kata “Duit sen perlu simpan” dan lama kelamaan akan menjadi kebiasaan.

Jadi, pupuk dulu minat menyimpan dari teknik ini. Bila sudah selesa dan nampak mudah, barulah upgrade ke duit kertas 1 ringgit, 5 ringgit atau 10 ringgit.

Itulah, mungkin kumpul sen nampak sikit tapi pasti berhasil. InsyaAllah.

Alhamdulillah ini adalah sebahagian hasil dari tabung syiling yang saya buat.

Biar kumpul sen-sen lalu membukit, asal jangan muka seposen bila kesusahan datang dan simpanan tiada.

Cuba dan mulalah dari sekarang! Semoga bermanfaat.

Mohammad Redzuan Meludin
20 Zulhijjah 1441 / 10 Ogos 2020

Jika anda berminat untuk membeli emas Public Gold atau belajar tentang simpanan emas dengan bimbingan PERCUMA dari saya,  boleh whatsapp saya +673 8817602 (Redzuan).

Jemput Follow saya di media sosial untuk mendapatkan ilmu emas dan kewangan serta motivasi kehidupan:

Saya Redzuan atau boleh panggil Ewan. Saya suka berkongsi ilmu tentang pengurusan kewangan dan paling penting ialah mendidik masyarakat di Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia untuk celik tentang emas. Saya akan bimbing secara PERCUMA. Semoga kita berjumpa satu hari nanti, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *