KENAPA PERLU SIMPAN DULU BARU BELANJA? INI 5 HIKMAHNYA


Pengurusan kewangan terutama sekali bab menyimpan tidak pernah diajarkan di alam persekolahan. Yang ada hanyalah kata-kata nasihat yang berlandaskan peribahasa “Sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Jika dilihat pada masa ketika kita masih di umur kanak-kanak, peribahasa ini memang menampakkan hasil dalam bab menyimpan sebab pada waktu itu kita belum ada apa-apa komitmen.

Namun apabila kita meningkat dewasa dan tanggungjawab serta komitmen bertambah lebih-lebih lagi di alam perkahwinan, peribahasa “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” ini kurang berhasil. Kita penat berkerja keras selama sebulan, setelah terima gaji duit seronok dibelanjakan.

Sebenarnya berapa banyak pun pendapatan kita, kunci utama dalam menyimpan ialah bagaimana kita bijak mengurusnya.

FORMULA “SIMPAN DULU, BARU BELANJA”

Salah satu kunci yang membuatkano rang berjaya membuat simpanan ialah simpan dulu, baru belanja. Maksudnya bila terima sahaja gaji atau hasil pendapatan, hendaklah simpan terlebih dahulu sebelum dibelanjakan.

Formula ini bukanlah satu formula yang baru bahkan ia merupakan satu formula yang diajarkan dalam Al-Quran sewaktu zaman Nabi Yusuf AS. Pada masa itu Raja Mesir bermimpi tentang lembu gemuk dimakan oleh lembu kurus dan beliau melihat gandum yang hijau dan kering. Nabi Yusuf AS pun menafsirkan mimpi Raja itu dengan menyatakan bahawa bumi Mesir akan dilanda musim kemarau. Nabi Yusuf AS memberi nasihat sepertimana dalam surah Yusuf ayat 47:

“Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang ditanam biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.”

Berdasarkan ayat ini, terdapat beberapa saranan dalam membuat penyimpanan iaitu:

  1. Hendaklah kita bersungguh-sungguh dalam mencari hasil pendapatan. Begitu juga halnya KONSISTEN dalam menyimpan.
  2. Simpan dahulu hasil yang diperolehi.
  3. Setelah disimpan sebahagian hasil barulah dibelanjakan selebihnya.

Kalau kita perasaan, dalam ayat ini didahului dengan arahan menyimpan dahulu kemudian diakhiri dengan suruhan digunakan (belanja) selebihnya.

Kalau orang Barat formula ini mereka akan ungkapkan dengan ‘Pay Yourself First’. First itu maksudnya orang yang pertama dibayar ialah diri sendiri iaitu dengan menyimpan terlebih dahulu.

HIKMAH SIMPAN DULU, BARU BELANJA

#1 PERSEDIAAN MASA DEPAN ATAU KECEMASAN

Hari ini kita mampu bekerja sebab kita masih ada kekuatan untuk mencari pendapatan. Bila sampai hari tua pasti kekuatan kita tidak akan sekuat waktu muda. Sebab itu, azam kita untuk menyimpan terlebih dahulu mestilah besar untuk kesenangan dikemudian hari.

Selain itu jua,kita harus menyimpan dulu sebagai simpanan kecemasan. Kita tidak tahu bentuk atau masa kecemasan yang akan melanda diri kita. Dalam konteks kisah Nabi Yusuf AS, baginda sudah dapat menjangka hal ‘kecemasan’ yang bakal melanda kerajaan Mesir. Dari situ, baginda sudah membuat persiapan rapi untuk mengatasi atau meminimakan risiko yang bakal dihadapi.

Jika seorang Nabi sudah diberi kelebihan untuk menafsir mimpi tentang hal kecemasan yang bakal berlaku, kita sebagai manusia biasa lebih memerlukan persiapan awal (simpanan) sebelum berlakunya keadaan kecemasan yang tidak diketahui. Waktu yang paling terbaik untuk membuat persiapan ini ialah dengan melakukannya hari ini iaitu menyimpan terlebih dulu hasil pendapatan sebelum dibelanjakan.

#2 ELAK EMOSI BERBELANJA

Sejak dari kecil kita sudah terbiasa bila nampak duit pasti difikiran lebih kepada berbelanja berbanding menyimpan. Pantang tahu berapa duit kita ada, pasti kita akan ‘match’kan barang apa yang kita boleh beli dengan duit tersebut. Lebih-lebih lagi bila hari terima gaji, waktu itu dikatakan hari emosi kita banyak gembira.

Ramai yang merancang untuk membuat simpanan setelah berbelanja. Betul kadang kita belanja dulu untuk membeli barang keperluan akan tetapi kadang-kadang terselit juga benda yang bukan dalam kategori keperluan. Hatta bila seronok berbelanja, baki duit untuk disimpan memang tiada.

Oleh yang demikian, sebelum emosi menguasai akal kita ada baiknya kita menyimpan terlebihd ahulu dan selebihnya baru dibelanjakan. Itulah hakikat kita sebagai manusia bila ada duit kita akan gembira dan semua barang kita rasakan murah dan mahu beli.

#3 LAWAN PERASAAN TAKUT

Salah satu punca kenapa kita gagal untuk menyimpan terlebih dahulu ialah disebabkan ketakutan tidak cukup perbelanjaan. Takut duit hanya cukup-cukup makan untuk perbelanjaan seharian. Ketakutan sebeginilah yang menghantui diri kita dan akhirnya simpanan kita tidak bertambah atau tidak pernah wujud.

Sebenarnya kita mampu dan boleh hidup sekiranya kita menyimpan terlebih dulu dan selebihnya baru dibelanjakan. Bila kita berbuat demikian, kita akan pandai ‘adjust’ untuk beli benda yang benar-benar perlu atau sekadar keperluan biasa sahaja. Lebih dari itu kita pasti akan dapat menahan nafsu dari membeli barang dalam kategori kemahuan atau sia-sia.       

Analogi perasaan ketakutan ini seperti dugaan kita sebelum menghadapi puasa di bulan Ramadhan.Macam-macam yang kita fikirkan seperti ketakutan dan kerisauan tidak bertenaga atau lapar akan membuatkan kita tidak produktif dan sebagainya. Bila tiba bulanRamadhan kita akan pandai-pandai ‘adjust’ atau adaptasi kehidupan kita sesuai dengan keadaan sedang berpuasa. Mungkin pada minggu pertama kita akan terasa sedikit kesusahan sebab badan belum biasa dengan rutin harian puasa namun lama-kelamaan kita akan mula rasa selesa dan terbiasa.

Begitu juga halnya dalam menyimpan, fikiran negatif pasti menghantui diri kita sehingga takut menyimpan terlebih dulu. Oleh itu, beranikan diri berubah untuk menyimpan terlebih dulu. Mungkin pada awalnya terasa berat namun bila sudah terbiasa ia akan menjadi senang dan selesa, insyaAllah.

#4 KAYAKAN DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU

Pesan mentor saya,apa yang kita keluarkan dari poket kita untuk bayar (berbelanja) bererti kita kayakan poket orang lain terlebih dulu. Jika kita ada hutang bukan maksudnya kita tidak mahu melunaskan hutang. Tapi sebenarnya kita mementingkan membuat simpanan sama seperti kita cepat-cepat hendak melunaskan hutang.

Dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW ada menegaskan tentang keutamaan nafkah mengikut urutan:

“Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isterikamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi,maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kami, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan An-Nasai)

Berdasarkan hadis ini, hendaklah kita mengutamakan diri kita terlebih dulu. Bukanlah bermaksudnya kita mementingkan diri sendiri tapi sekiranya kita menyimpan terlebih dahulu ia boleh memotivasikan kita untuk lebih berusaha demi meningkatkan simpanan kita di masa akan datang, InsyaAllah.

#5 HATI TENANG, FIKIRAN SENANG

Apabila azan sudah berkumandang lalu kita pun segera tunaikan solat. Setelah selesai solat hati kita akan terasa tenang sebab sudah menunaikan tanggungjawab kita. Kita buat apa saja aktiviti pun selepas habis solat, fikiran kita akan tenang. Bagaimana pula perasaan kita bila melalaikan solat kerana ‘keseronokan’ sehingga ke akhir waktu atau paling teruk hingga habis waktu? Setentunya kita akan rasa tidak tenang dan tidak senang.

Begitulah analogi dalam pengurusan kewangan, jika kita simpan terlebih dahulu kita sebenarnya sudah mempersiapkan diri kita bagi hal-hal kecemasan yang datang mendadak. Hati kita akan menjadi senang manakala fikiran merasa senang tambahan lagi kita akan rasa seronok berbelanja dengan baki yang ada selepas tolak apa yang disimpan.

SELESAIKAN MASALAH “KEBOCORAN” SIMPANAN

Dalam kita berusaha membuat simpanan, tidak dinafikan kita akan menghadapi masalah kebocoran simpanan. Maksudnya simpanan yang kita buat tidak dapat bertahan sehingga sampai matlamat simpanan. Katakanlah kita merancang untuk menyimpan $100 sebulan untuk tempoh 3 tahun sebagai tabung travel misalnya. Kadang bila simpanan baru ada $500 pada bulan ke-5, mulalah terasa ‘kaya’ dan seronok dibelanjakan.

Kadang hati kecil berkata “Tidak mengapa belanja sedikit, bulan depan boleh cover balik”. Bila masuk gaji bulan depan, lansung tidak dapat cover balik apa yang dibelanjakan sebelum. Akhirnya motivasi untuk menyimpan semakin pudar dan lama-kelamaan tabung simpanan tinggal zero.

Bagi mengatasi masalah ini, pakar kewangan menyarankan kita untuk mempelbagai bentuk simpanan terutama sekali dalam bentuk aset seperti rumah, tanah atau emas.

Emas Bar Public Gold 10 gram berketulenan 999.9

Secara peribadi saya lebih memilih menyimpan dalam bentuk aset emas kerana ia merupakan aset yang mudah dan mampu milik. Saya juga ada menyimpan dalam bentuk duit namun pada kadar yang perlu sahaja.

Baca selanjutnya kenapa perlu simpan emas di SINI.

Wa Allahu Alam. Semoga bermanfaat.


Jika anda berminat untuk membeli emas Public Gold atau belajar tentang simpanan emas dengan bimbingan PERCUMA dari saya,  boleh whatsapp saya +673 8817602 (Redzuan).

Selain website ini, anda juga boleh mendapatkan info atau tip emas dan kewangan melalui facebook saya:

Semoga kita dapat berjumpa satu hari nanti, Insya-Allah.

MOHAMMAD REDZUAN MELUDIN
PUBLIC GOLD AUTHORIZED MASTER DEALER
PG CODE: PG028983
+673 8817602
06 RABIUL AKHIR 1440 / 14 DISEMBER 2018

Artikel Berkaitan:

Saya Redzuan atau boleh panggil Ewan. Saya suka berkongsi ilmu tentang pengurusan kewangan dan paling penting ialah mendidik masyarakat di Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia untuk celik tentang emas. Saya akan bimbing secara PERCUMA. Semoga kita berjumpa satu hari nanti, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *