RANGKA 5 PERKARA INI DULU SEBELUM BELI EMAS

Bila dengar orang suruh beli emas sebab harga akan naik dan semakin bernilai kita pun terikut-ikut. Bila harga emas naik, kita senyum. Bila harga emas turun, kita muram. Lebih pedih, bila kita rasa terbeban dengan pembelian emas yang kita buat. Itulah akibatnya beli emas sebab terikut-ikut tanpa ada tujuan dan perancangan yang spesifik.

Justeru, sebelum beli emas rangka 5 perkara ini dulu:

Pertama- Matlamat

Amat penting untuk tahu matlamat kita simpan emas. Tidak kiralah untuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang. Antara matlamat yang boleh dipasang ialah:

  • Tabung Persaraan
  • Tabung Kahwin
  • Rumah Idaman
  • Ibadah Haji dan Umrah
  • Melancong
  • Dana Pendidikan anak
  • Perniagaan

Dari matlamat ini, kita akan ada semangat untuk meyimpan emas. Jadikan emas sebagai alat untuk capai ‘Big Why’ kita lebih cepat, insyaAllah.

Kedua- Tempoh

Semestinya kalau ada matlamat, pasti ada tempoh. Tempoh inilah yang menukar matlamat kita dari sekadar angan-angan menjadi realiti. Kalau simpan emas adalah sebaiknya bagi tempoh 1-2 tahun dan ke atas.

Kalau rancang simpan emas untuk 6 bulan atau kurang dari 1 tahun bagi matlamat melancong misalnya, tidak digalakkan. Lebih baik simpan dalam bentuk duit sahaja.

Walau harga emas ada turun naik namun ketentuan untuk naik dalam jangka pendek tidak dapat dijangkakan kecuali dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti pandemik COVID-19 yang menyerang dunia global pada masa kini. Dalam tempoh 3 bulan simpan emas pun boleh untung dari segi kenaikan harga emas!

Ketiga- Gram Emas yang Perlu Disimpan

Setentunya dunia masa kini masih memerlukan duit untuk sebarang transaksi. Walau kita mahu menyimpan emas, kita tetap perlu tahu menilai berapa harga $ yang diperlukan untuk capai matlamat kita. Setelah tahu berapa ‘harga’ matlamat, baru boleh tahu anggaran emas yang perlu disimpan.

Keempat- Bajet

Untuk beli emas, jangan lupa sediakan bajet bulanan yang diperlukan. Bajet ini biarlah dengan kemampuan tahap kewangan kita tanpa mengabaikan keperluan asas. Janganlah kerana terlalu iski (teruja) dengan apa kata orang tentang nilai emas yang meningkat, terus buat pembelian emas yang besar tanpa tahu berapa bajet yang kita mampu.

Kelima- Strategi

Berdasarkan perkara-perkara di atas tadi, barulah kita tetapkan strategi macamana yang sesuai untuk beli emas. Di Public Gold ada 3 pilihan mudah untuk memiliki emas. Dari sekecil 1 gram hinggalah 1000 gram. Pilihan pembayaran secara penuh atau ansuran atau akumulatif.

Begini Analoginya

Katakanlah kita ada impian untuk membina rumah idaman tapi duit simpanan masih belum kukuh. Asal simpan tidak menjadi malah selalu bocor. Jadi kita pun berazam untuk menyimpan dalam bentuk emas.

(MATLAMAT): Downpayment (Duit Pendahuluan) rumah impian

Sumber gambar dari Google

Tahun 2020 ini umur kita sudah pun meningkat masuk ke 30-an. Anak-anak semakin membesar. Jadi kita pun berazam untuk membina rumah impian pada tahun 2025.

(TEMPOH): 5 Tahun / 60 Bulan

Rumah impian kita berharga $200,000. Kita mahukan duit downpayment 10% dari harga rumah. Bermakna perlu menyimpan $20,000. Inilah jumlah $ (matlamat) yang kita hendak capai bagi tempoh 5 tahun.

(JUMLAH $ / GRAM EMAS): $20,000 (10% x $200,000) bersamaan 204 gram (Jumlah $ bahagi dengan harga emas 1 gram semasa -$98 per gram- )

* Perkiraan target kumpul gram emas biarlah ikut harga emas semasa. Sekiranya harga emas naik, jumlah gram emas yang patut dikumpul berkurangan. Namun saya sarankan biarlah ikut jumlah yang kita tetapkan pada masa mula-mula kita merancang. Ia adalah menjadi satu BONUS bagi kita! Jumlah $ pasti melebihi dari apa yang kita jangkakan.

Untuk analogi ini, kita perlu target simpan 204 gram emas dalam masa 5 tahun. Seterusnya kita perlu tahu berapa bajet yang perlu disediakan setiap bulan untuk beli emas. Pecahkan jumlah besar ini kepada jumlah kecil.

(BAJET): $333 sebulan ($20,000 bahagi 60 bulan) / 3.4 gram emas sebulan (204 gram emas bahagi 60 bulan)

Jadi kita perlu sediakan bajet $333 sebulan berdasarkan harga emas semasa agar dapat menyimpan sekurang-kurangnya 3.4 gram emas untuk capai matlamat downpayment rumah idaman. Akhir sekali, pilihlah item emas yang sesuai dengan bajet bulanan ini.

(STRATEGI):

  1. Beli emas melalui Gold Accumulation Program. Masukkan saja semua jumlah $333 untuk ditukar ke emas GAP atau;
  1. Buat pembelian emas 1 Dinar x 3 keping dengan ansuran 4 bulan (Anggaran kasar sekitar $325-$335 sebulan) atau;
  1. Kalau mahu cepat capai matlamat, cabar diri setiap bulan simpan 1 Dinar (4.25gram). Harga semasa pada masa ini sekitar $400 lebih. Lebih sedikit dari jumlah minima yang perlu disimpan.
1 Dinar (4.25 gram) Public Gold dengan ketulenan 999.9

Kesimpulannya, ini hanyalah sebagai contoh dan gambaran sahaja bagaimana kita merangka sebelum beli emas.

Perlu diingatkan, fokus utama menyimpan emas ialah simpanan GRAM emas bertambah walau harga emas naik. Pentingnya simpanan gram emas masih on track dengan apa yang kita rancang.

Dengan merangka 5 perkara yang diterangkan ini, kita akan menjadi penyimpan emas yang berjaya dan sentiasa senang hati, insyaAllah.

Untuk merangka perancangan seperti ini adalah sebaiknya rujuk kepada introducer (dealer) anda. Lain introducer lain caranya. Kalau mahu nasihat saya, boleh hubungi saya +673 8817602.

Semoga bermanfaat.

Mohammad Redzuan Meludin
13 Zulhijjah 1441 / 03 Ogos 2020

Jika anda berminat untuk membeli emas Public Gold atau belajar tentang simpanan emas dengan bimbingan PERCUMA dari saya,  boleh whatsapp saya +673 8817602 (Redzuan).

Jemput Follow saya di media sosial untuk mendapatkan ilmu emas dan kewangan serta motivasi kehidupan:

Saya Redzuan atau boleh panggil Ewan. Saya suka berkongsi ilmu tentang pengurusan kewangan dan paling penting ialah mendidik masyarakat di Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia untuk celik tentang emas. Saya akan bimbing secara PERCUMA. Semoga kita berjumpa satu hari nanti, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *