BAJET KECIL TAPI MAHU SIMPAN EMAS?

Bila tahu kepentingan emas dalam membuat simpanan, langkah seterusnya ialah bertindak. Tindakan untuk membuat pembelian pertama. Perkara inilah yang kebanyakannya orang ‘stuck’. Antara penyebabnya ialah kekurangan bajet.

Tidak dinafikan bahawa ramai yang beranggapan untuk memiliki emas ini perlu ada duit yang banyak. Pelanggan yang berdaftar di bawah saya juga berfikiran sedemikian semasa mula-mula berjinak dalam menyimpan emas. Namun Alhamdulillah, bila diterangkan kaedah untuk memiliki emas dengan bajet yang kecil, mereka berasa senang dan terus bertindak untuk memulakan simpanan emas.

Kaedah yang dimaksudkan ialah pembelian emas melalui Gold Accumulation Program atau singkatannya GAP. 

Gold Accumulation Program (GAP)

Antara kelebihan GAP ini ialah:

#1 Boleh simpan emas serendah RM100 (BND 34) sahaja dan automatik menjadi pelanggan berdaftar di Public Gold tanpa ada sebarang yuran. PG Code juga akan diberikan.

#2 Beli emas sikit-sikit dengan harga minima dan dikumpulkan hingga mencapai gram emas yang besar atau yang disasarkan. Setiap ringgit dan sen akan bertukar ke gram emas 4 digit (0.xxxx gram).

Ini adalah antara emas fizikal Public Gold. Letak matlamat simpan emas melalui GAP sikit-sikit secara konsisten hingga boleh keluarkan emas fizikal ini. Pasti boleh!

#3 GAP juga berfungi seperti bank dari sudut penyimpanan. Simpan GAP duit akan bertukar ke gram emas manakala simpan duit dalam bank, duit akan kekal dalam angka RM / BND. Bezanya, GAP akan susah untuk bocor dibelanjakan. Kalau duit semestinya mudah untuk dibelanjakan.

#4 Boleh beli emas GAP dari mana sahaja. Tidak kira di negara mana berada asalkan ada internet (selain duit), boleh beli dan tambah GAP dari masa ke semasa. Amat sesuai bagi yang tinggal jauh dari cawangan Public Gold atau tinggal dan belajar di luar negara.

#5 Tiada caj atau upah dikenakan oleh Public Gold bagi penyimpanan emas GAP.

#6 Pembelian emas melalui GAP ini disahkan patuh Syariah dalam setiap transaksi yang dibuat.

Kesimpulannya, dengan kaedah GAP yang disediakan oleh Public Gold ini semua orang boleh memiliki aset emas. Tiada alasan untuk tidak menyimpannya!

Semoga bermanfaat.

Mohammad Redzuan Meludin
05 Rabiulawal 1443H / 11 Oktober 2021M

Jika anda berminat untuk membeli emas Public Gold atau belajar tentang simpanan emas dengan bimbingan PERCUMA dari saya,  boleh whatsapp saya +673 8817602 (Redzuan).

Jemput Follow saya di media sosial untuk mendapatkan ilmu emas dan kewangan serta motivasi kehidupan:

Saya Redzuan atau boleh panggil Ewan. Saya suka berkongsi ilmu tentang pengurusan kewangan dan paling penting ialah mendidik masyarakat di Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia untuk celik tentang emas. Saya akan bimbing secara PERCUMA. Semoga kita berjumpa satu hari nanti, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *