Sebut saja emas tentu terbayang keuntungan. Saya pasti kebanyakan penjual emas akan menekan aspek keuntungan beli emas dengan harapan simpan emas ini akan menjadikan si pembeli dan si penyimpan emas kaya. Pesan guru saya:
“Bukan emas yang buat seseorang kaya, tetapi ilmu”
Oleh itu, jika baru berjinak-jinak dalam emas, ilmu tentang emas sangat penting jika hendak mendapatkan keuntungan emas dengan maksima. Tidak ada teknik ‘ajaib’ dengan membeli emas hari ini dan esok terus untung. Sebab itu ilmu sangat penting bila masuk dalam dunia emas. Salah satu aspek penting ialah Posisi awda untuk memiliki emas.
KENALI 4 POSISI MEMILIKI EMAS
Di sini saya akan huraikan 4 posisi penting jika awda ingin memaksimakan keuntungan emas. Setiap posisi ada titik fokusnya tersendiri dan titik inilah yang memaksimakan keuntungan dengan emas.
#1- PERHIASAN
Fokus: Mereka yang membeli emas perhiasan adalah untuk suka-suka dan bergaya.
Tip: Emas yang bersesuaian dengan posisi ini ialah emas perhiasan 916 atau 715 yang tahan. Mereka membeli mengikut apa saja design yang menarik dan cantik dipandang.
#2- PENYIMPAN
Fokus: Bagi penyimpan emas, fokus utama ialah untuk mendapat keuntungan menyimpan jangka panjang (2 tahun ke atas). Kebiasaanya mereka yang berada di posisi ini menjadikan emas sebagai salah satu alternatif untuk capai matlamat dengan lebih cepat. Mereka tahu jika mereka simpan duit, akan mudah dibelanjakan. Jadi dengan menyimpan emas adalah ubatnya!
Tip: Bagi yang mahu memaksimakan keuntungan emas dengan posisi sebagai penyimpan:
- Emas jongkong atau dinar adalah yang paling sesuai.
- Konsisten beli emas walau sekecil 1 gram tanpa menghiraukan harga emas turun naik. Fokus penyimpan emas ialah untuk tambah gram.
- Duit gaji/pendapatan: beli emas dahulu dan selebihnya baru dibelanjakan.
#3- PELABUR
Fokus: Posisi pelabur ini adalah mereka yang ingin menjana keuntungan emas dalam jangka masa yang pendek. Konsep posisi ini ialah Buy Low, sell High.
Tip: Untuk memaksimakan keuntungan dalam posisi ini:
- Fokus item gram yang besar iaitu 100 gram (emas Public Gold) dan ke atas.
- Mementingkan Spread (perbezaan harga jual dan beli) yang kecil. Di public gold bagi item bagi 100gram ke atas adalah 6%-7% sahaja.
- Penting! Hendaklah mengetahui cara-cara analisis teknikal turun dan naik harga emas.
- Aktif membaca berita tentang pasaran emas semasa supaya dapat menjangka trend harga emas semasa.
#4- PENIAGA
Fokus: Bagi mereka yang berada di posisi peniaga, fokus mereka adalah untuk mendapatkan pendapatan sama ada berbentuk aktif atau pasif. Emas yang dijual tidak kiralah sama ada barang kemas ataupun jongkong.
Tip: Untuk menjadi peniaga emas yang berjaya:
- Memastikan menjual produk yang tulen.
- Menjadi agen emas syarikat yang mempunyai reputasi yang tinggi.
KESILAPAN PEMBELI EMAS
Berdasarkan pengalaman saya sejak tahu 2013 educate masyarakat tentang emas, ada yang menyatakan mereka sudah mula menyimpan emas. Namun apabila saya tanya balik emas apa yang mereka beli dan tujuan mereka membeli, ternyata ada sedikit kesilapan.
Ini bukan soal ketulenan emas. Emas yang mereka beli memang tulen 916 atau 999. Bukan tidak untung mereka beli dan simpan cuma kesilapannya ialah mereka beli item yang kurang sesuai untuk memaksimakan keuntugan dengan posisi yang dimahukan.
Sebagai contoh seseorang yang membeli gelang atau rantai emas dengan tujuan sebagai simpanan. Saya tidak mengatakan tidak ada untung beli emas perhiasan namun ia kurang sesuai jika awda ingin menjana keuntungan dari emas dengan tujuan menyimpan.
Kenapa? Sebab tujuan utama emas perhiasan ialah untuk bergaya. Awda boleh tanya balik kepada tauke kedai jual emas perhiasan berapa harga yang mereka beri jika awda hendak jual balik emas yang awda beli? Kebiasaannya mereka akan tolak 20%-30% dari harga beli. Sebab itu item emas perhiasan kurang sesuai jika dijadikan sebagai simpanan.
PELARI “TERBAIK” HINGGA KE GARISAN PENAMAT
Bolehkah kita belari sehingga kegarisan penamat dengan memakai kasut kerja? Atau High Heel? Atau selipar? Setentunya boleh!
Kita pasti akan sampai ke garisan penamat tapi dengan kelajuan yang berbeza. Bukan kata tidak boleh pakai kasut kerja, high heels atau selipar untuk berlari akan tetapi lebih sesuai jika kita memakai kasut sukan khususnya kasut untuk belari.
Begitulah perumpamaan kita membeli emas. Anggaplah garisan penamat itu matlamat atau tujuan kita membeli. Manakala penggunaan kasut yang bersesuaian adalah seperti kita memilih item emas yang terbaik untuk capai tujuan dengan lebih selesa dan cepat.
EMAS PUBLIC GOLD
Di Public Gold, awda boleh berada di 4 posisi:
Jika berminat untuk membeli emas sebagai perhiasan, Public Gold ada produk Aurora Italia dengan design yang premium dan trendy mengikut masa kini. Eksklusif setiap charm yang dibuat hanya limited 200 pcs sahaja!
Jika awda lebih kepada posisi penyimpan atau pelabur, Public Gold ada menjual produk emas sekecil 0.5 gram sehingga sebesar 1 kilogram. Harga emas yang ditawarkan mampu milik untuk semua orang. Now Everyone Can Buy GOLD!
Awda juga boleh menjadi peniaga dengan menjadi seorang dealer Public Gold.
Akhirnya, sebelum awda membeli emas hendaklah memastikan posisi yang betul dan biarlah selari dengan tujuan awda inginkan. Jika awda masih tercari-cari posisi mana yang sesuai untuk awda atau tip item emas yang terbaik di posisi awda, boleh whatsapp saya +673 8817602 untuk saya berikan cadangan dan pandangan.
Wa Allahu Alam. Semoga bermanfaat.
Jika anda berminat untuk membeli emas Public Gold atau belajar tentang simpanan emas dengan bimbingan PERCUMA dari saya, boleh whatsapp saya +673 8817602 (Redzuan).
Selain website ini, anda juga boleh mendapatkan info atau tip emas dan kewangan melalui facebook saya:
- www.facebook.com/KhazanahKitani (Fanpage: Khazanah Emas & Perak Kitani)
- www.facebook.com/redzuan.meludin (Facebook Peribadi: Mohammad Redzuan Meludin)
- www.instagram.com/mohammadredzuanmeludin (Instagram: Mohammad Redzuan Meludin)
Semoga kita dapat berjumpa satu hari nanti, Insya-Allah.
MOHAMMAD REDZUAN MELUDIN
PUBLIC GOLD AUTHORIZED MASTER DEALER
PG CODE: PG028983
+673 8817602
27 MUHARRAM 1440 / 07 OKTOBER 2018
Artikel Berkaitan: