Majoriti orang mahu jadi kaya tapi tidak ramai yang ‘betul-betul’ mahu jadi kaya. Yang mahu jadi kaya hanya sekadar angan-angan tapi yang ‘betul-betul’ mahu kaya akan berusaha sehabis mungkin untuk mencapai matlamatnya menjadi seorang kaya.
Sini saya kongsikan 3 asas penting orang kaya MESTI buat untuk jadikan mereka LEBIH kaya.
Asas #1- Menyimpan
Menyimpan adalah asas yang paling utama bagi orang kaya dalam menguruskan kewangan mereka. Dapat saja duit pendapatan atau hasil bisnes, mereka pasti akan menyimpan dulu dan selebihnya barulah dibelanjakan. Kalau belanja dulu baru nak menyimpan, alamatnya memang tidak akan ada simpanan langsung. Sebab apa? Sebab kepuasan kita untuk berbelanja tidak akan pernah puas!
Persoalannya, berapa banyak perlu simpan? Pakar kewangan rekomen untuk menyimpan minimum 10% dari pendapatan. Kalau gaji anda $1000, maka simpanlah $100. Kalau tidak mampu 10%, boleh simpan 5%. Kalau tidak mampu, boleh simpan 4% atau 3% atau 2% hatta 1%!
Kalau ada suara hati berkata “alaa sikit saja, nanti saja menyimpan”, sila abaikan. INGAT 2 perkara ini!
- Apa yang penting ialah kita mahu memupuk tabiat menyimpan dalam diri kita. Biar tabiat menyimpan menjadi darah daging kita.
- Tidak perlu tunggu gaji besar atau kaya untuk mula menyimpan. Tapi mulalah dari sekarang untuk jadi kaya.
Penting sangat ke asas pertama? Yes, memang penting. Bacalah mana-mana buku tentang pengurusan kewangan untuk menjadi kaya ialah SIMPAN, SIMPAN, SIMPAN. Asas pertama inilah juga membolehkan orang kaya melaksanakan asas kedua untuk jadi lebih kaya.
P/s: Baca tentang urus gaji 2 kali sebulan di
Asas #2- Mengandakan Wang
Orang kaya yang bijak menggunakan asas ke 2 ini iaitu mengandakan wang yang ada untuk lebih cepat sampai matlamat kewangan yang diimpikan. Wang yang ada tidak akan disimpan saja di bawah bantal atau di rumah sahaja. Bahkan mereka simpan duit mereka ke dalam bank yang memberikan dividen atau profit yang tinggi. Di samping itu juga mereka membuat perniagaan tidak kira kecil atau besar dan laburkan duit mereka ke dalam bentuk pelaburan saham, hartanah, emas, unit trust dan sebagainya.
Perkara yang paling penting untuk mengandakan wang ialah ILMU. Sebab itu jika kita yang berkeinginan untuk menjadi kaya mesti rajin cari ILMU agar kekayaan dapat berkembang mengikut jalan yang betul. Bila kita pandai mengandakan wang, matlamat untuk mencapai kekayaan yang diinginkan akan lebih cepat dikecapi.
P/s: Baca tentang keistimewaan emas di
Asas #3- Tindakan
Tahu tak sebab utama kenapa ramai yang mahu jadi kaya belum lagi jadi kaya?
Sebab BELUM BERTINDAK. Mereka MALAS bertindak. Mereka TUNGGU waktu yang sesuai untuk bermula. Walau baca sejuta buku tentang formula jadi kaya, kalau tidak ada tindakan sudah PASTI anda tidak akan ke mana-mana. Anda masih orang yang sama tidak berubah untuk menjadi lebih baik. Asas terakhir ini adalah perkara yang sangat penting bagi yang ‘betul-betul’ mahu menjadi kaya.
Oleh yang demikian, bertindaklah mulai sekarang walau anda baru tahu asasnya hari ini. Bertindaklah walaupun langkah anda perlahan.
Lakastah bertindak dari sekarang!
Salah Sangka Tentang Kekayaan
Ramai yang menyangka dengan kekayaan ini membuat orang menjadi jahat. Haa! Inilah gambaran yang selalu diceritakan melalui movie dan drama. Kekayaan sering dikaitkan dengan orang yang ego, sombong, riak dan sebagainya. Akhirnya membentuk persepsi negatif dalam diri kitani tentang kekayaan.
Sebenarnya duit (kekayaan) bukanlah penyumbang kepada kejahatan tetapi bagaimana kita menguruskannya menentukan sama ada ia merubahkan kita menjadi lebih baik atau sebaliknya.
Justeru, jika ingin berjaya dalam membina kekayaan kita haruslah melihat kekayaan itu dari sudut yang positif. Jika biskita kaya (insyaAllah), biskita ada banyak pilihan dan dari pilihan yang banyak itulah, biskita dapat memilih yang paling baik diantara yang terbaik. Dengan kekayaan itu juga memberikan biskita banyak ruang untuk memanfaatkannya ke jalan yang disukai Allah seperti sedekah, menunaikan haji dan umrah, zakat, membantu golongan yang susah dan sebagainya.
Jika biskita takut dengan kekayaan kerana khuatir timbul perasaan ego, riak dan sebagainya, boleh amalkan perkara berikut:
- Sedekah, sedekah, sedekah. Rajinkan diri untuk bersedekah agar kita tidak lalai dengan kebendaan duniawi ini.
- Amalkan doa para Sahabat R.A:
“Ya Allah Ya Tuhan kami, tempatkanlah dunia dalam genggaman tangan kami dan janganlah Engkau menempatkan ia di lubuk hati kami”
Akhir sekali… tanya diri biskita, adakah biskita mahu menjadi Kaya? Saya yakin ramai yang akan menjawab YA. Justeru, jika ingin menjadi kaya berusahalah untuk menjadi orang yang kaya dunia dan akhirat, insyaAllah Amin Ya Rabbal Alamin.
Wa Allahu A’alam
MOHAMMAD REDZUAN MELUDIN
PUBLIC GOLD AUTHORIZED MASTER DEALER
PG CODE: PG028983
+673 8817602
28 ZULHIJJAH 1439 / 09 SEPTEMBER 2018
Artikel Berkaitan: