17 KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD         

Bila sebut tentang emas, saya pasti majoriti akan membuat survey terlebih dahulu sebelum memilih dan membeli emas. Tujuannya ialah agar setiap pembeli dapat memaksimakan manfaat dari pembelian emas tersebut. Di sini saya senaraikan 17 Kelebihan Emas Public Gold:

.

#1 REPUTASI SYARIKAT YANG BAIK DAN KUKUH

Syarikat Public Gold mula ditubuhkan pada tahun 2018. Sehingga hari ini setelah 10 tahun beroperasi, Public Gold telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat besar dan gergasi di Malaysia. Antaranya ialah Pos Malaysia Berhad (Arrahnu Pos), Tekun Nasional, Red One dan termasuk syarikat-syarikat luar negara iaitu Nadir Metal Rafineri (Turki) & Oracle dan Vietin Bank Gold, Vietnam. Ini menjadikan Syarikat Public Gold dapat diyakini oleh mana-mana pihak.

Signing Ceremony bersama Nadir Metal Rafineri & Oracle pada 15 Januari 2015
Kerjasama Public Gold dan Pos Malaysia (ArRahnu)

#2. CAWANGAN YANG BANYAK

Sejak beroperasi pada tahun 2008 hingga hari Syarikat Public gold sudah mempunyai mempunyai 20 Cawangan termasuk 1 cawangan di Indonesia dan 1 Cawangan di Singapura. Cawangan terbaru dibuka pada tahun 2018 ialah Public Gold cawangan Miri. Dengan adanya cawangan yang banyak ini setentunya akan memudahkan pelanggannya berurusniaga dengan mana-mana cawangan.

Senarai cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapore. TERBARU! Cawangan Public Gold Miri yang mula beroperasi pada Februari 2018.

#3. HARGA YANG TELUS (MENGIKUT HARGA DUNIA)

Harga yang ditawarkan oleh Syarikat Public Gold mengikut harga emas dunia tidak kira sama ada harga emas turun atau naik. Ketelusan harga ini memberikan manfaat yang besar kepada pelanggannya.

#4. HARGA YANG SENTIASA DIKEMASKINI 

Harga yang ditawarkan oleh Public Gold dikemaskini setiap 20 minit setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad bagi pembelian Outright Purchase. Adapun pembelian melalui Gold Accumulation Program dikemaskini  sehari sekali iaitu pada jam 12 tengah malam. Kekerapan pengemaskinian ini sangat menguntungkan pelanggannya lebih-lebih lagi ketika harga emas turun atau di paras yang rendah.

#5. KAEDAH PEMBAYARAN YANG FLEXIBLE

Public Gold menawarkan 3 kaedah pembayaran mengikut kemampuan para pembeli. 3 kaedah tersebut ialah:

1) Pembayaran Penuh –Full Payment

2) Pembayaran secara ansuran –Easy Payment Purchase (EPP)-. Bagi Item 1 Dinar (4.25gram) hingga 50gram boleh dibayar selama 4 bulan. Manakala emas 100gram hingga 1 Kilogram boleh dibayar selama 10 bulan.

3) Pembelian Emas melalui GAP (Gold Accumulation Program) iaitu pembelian sekecil 1 gram atau serendah RM100 ($35) = 0.5++ gram.

#6 HARGA EMAS MAMPU MILIK – MURAH

Emas yang dijual oleh Public Gold boleh dibeli sebesar 1 Kilogram hingga sekecil 0.5 gram. Bukan itu sahaja, melalui Gold Accumulation Program (GAP), pembeli emas boleh membeli emas serendah RM100 (BND 35) sahaja bersamaan 0.5+++ Gram. Semua orang boleh menyimpan EMAS tanpa ALASAN!

#7 SISTEM BOOKING HARGA 24 JAM 365 HARI

Bagi pelanggan yang berdaftar, mereka boleh membuat tempahan emas (Lock Price) pada bila-bila masa walaupun ketika waktu tengah malam mahu pun ketika ofis sudah tutup.

#8 SIJIL LBMA (LONDON BULLION METAL ASSOCIATION)

Emas public gold diiktiraf oleh antarabangsa LBMA yang dicop oleh Nadir Metal Refinery di Turki iaitu kilang emas berstatus LBMA Good Delivery. LBMA adalah ringkasan dari London Bullion Market Association merupakan satu badan induk yang berpusat di London yang mengawal dan menentukan pasaran Emas dan Perak di seluruh dunia. Ini menjadikan emas Public Gold sangat istimewa bertaraf antarabangsa.

Cop LBMA dapat dilihat dibelakang sijil emas

#9 STOK EMAS YANG TIDAK TERHAD

Syarikat Public Gold tidak menolak sebarang tempahan emas dari pelanggannya apatah lagi ketika harga emas turun dan demand banyak. Berbeza dengan segelintir syarikat apabila harga jatuh dan demand banyak, kadang-kadang mereka akan memberhentikan pengeluaran emas sebab tidak cukup stok. Berbeza dengan Public Gold, ia mempunyai banyak stok dan apa yang penting sejak 2008 beroperasi, semua tempahan yang dibuat akan dapat fizikal emas.

#10 BELI EMAS DAPAT EMAS

Syarikat Public Gold bukanlah syarikat yang menawarkan pelaburan secara virtual dengan memberikan dividen bulanan. Tetapi ia syarikat menjual Emas FIZIKAL. Terpulang kepada pemiliknya sama ada mahu menyimpannya atau menjadikan pelaburan secara fizikal. Apa yang penting ialah beli emas dapat emas FIZIKAL yang disimpan dan dipegang oleh diri sendiri.

Emas Fizikal Public Gold!

#11 DESAIN YANG MENARIK DAN LIMITED

Setiap tahun Public gold pasti mengeluarkan desain emas yang terbaru. Kadang-kadang desain yang dikeluarkan hanya untuk kuantiti tertentu sahaja. Ini menjadikan desain limited ini lebih berharga setelah pengeluarannya tidak dibuat lagi. Misalnya emas desain raya, emas desain YDPA Agong Malayisa ke V dan emas desain Hari Kemerdekaan Malaysia ke 60 tahun.

Desain Emas Public Gold edisi Raya!

#12 DITERIMA MELUAS DI AR-RAHNU

Di Malaysia emas public Gold diterima untuk digadai secara meluas di tempat pajakan. Ini memberikan pilihan dan memudahkan pemiliknya jika memerlukan duit ketika terdesak memerlukan duit tanpa menjual emas tersebut. Di Brunei Darussalam, pemilik emas Public Gold boleh mengadai emas di Ar Rahnu BIBD.

Emas yang saya gadai di Ar-Rahnu BIBD

#13 JAMINAN 100% BELI BALIK

Tempat terbaik untuk menjual balik emas ialah di kedai atau syarikat tempat kita membeli emas tersebut. Bagi pemilik emas Public Gold, mereka tidak perlu risau kerana Syarikat Public Gold memberi jaminan pembelian balik emas jenama Public Gold 100% walaupun emas tersebut tercalar atau patah. Paling BEST tidak perlu risau kalau kehilangan resit sebab emas public Gold tidak memerlukan resit pembelian ketika hendak menjualnya balik. Apa yang penting hanya bawa emas tersebut ke mana-mana cawangan Public Gold.

#14 SPREAD YANG RENDAH

Spread ialah perbezaan harga beli dan harga jual. Di Public Gold spread yang ditawar sangat rendah. Ini akan memaksimumkan keuntungan kepada pelanggannya.

Spread emas Public Gold bermula 1 Januari 2017

#15 TRANSAKSI PENJUALAN DAN PEMBELIAN PATUH SYARIAH

Setiap transaksi pembelian dan penjualan emas public gold disahkan patuh Syariah. Ini membuatkan pelanggan Public Gold yang beragama Islam membuat urusniaga dengan peace of mind.

Sijil pengesahan PATUH SYARIAH  mengenai transaksi pembelian langsung, ansuran dan pembelian balik.
Sijil pengesahan PATUH SYARIAH mengenai Gold Accumulation Program.

#16 EMAS PERCUMA DAN SEMINAR PERCUMA

Syarikat Public Gold sangat baik hati kepada pelanggannya dengan memberikan emas secara percuma (lucky draw) kepada sesiapa yang hadir ke seminar Public Gold. Untuk masuk seminar pun free tanpa perlu bayar apa-apa yuran pendaftaran. Bukan itu sahaja,  kadang-kala Public Gold juga ada membuat promosi Buy and Win Campaign iaitu setiap pembelian emas minima RM100 (BND $35) akan berpeluang memenangi emas 5 gram atau 0.5 gram.

#17 PENDAFTARAN PERCUMA

Paling best ialah untuk menjadi ahli tidak ada pembayaran yuran pendaftaran atau yuran tahunan dikenakan. Hanya beli emas secara Outright Purchase atau GAP, automatik jadi ahli. Public Gold akan bagi Kod PG rasmi untuk dipakai sampai bila-bila. Boleh daftar di  Sila maklumkan saya jika anda berminat untuk mendaftar. Saya akan bantu dan bimbing anda secara PERCUMA, insyaAllah.


Jika anda berminat untuk membeli emas Public Gold atau belajar tentang simpanan emas dengan bimbingan PERCUMA dari saya,  boleh whatsapp saya +673 8817602 (Redzuan).

Selain website ini, anda juga boleh mendapatkan info atau tip emas dan kewangan melalui facebook saya:

Semoga kita dapat berjumpa satu hari nanti, Insya-Allah.

MOHAMMAD REDZUAN MELUDIN
PUBLIC GOLD AUTHORIZED MASTER DEALER
PG CODE: PG028983
+673 8817602
22 ZULHIJJAH 1439 / 03 SEPTEMBER 2018

Artikel Berkaitan:

Saya Redzuan atau boleh panggil Ewan. Saya suka berkongsi ilmu tentang pengurusan kewangan dan paling penting ialah mendidik masyarakat di Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia untuk celik tentang emas. Saya akan bimbing secara PERCUMA. Semoga kita berjumpa satu hari nanti, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *