AWAS! KENALI 2 PENCURI KETIKA MEMBUAT SIMPANAN

.

Peribahasa ada mengatakan “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” yang membawa maksud usaha kecil yang kita lakukan jika dibuat secara konsisten pasti akan memberikan hasil yang besar. Peribahasa ini seringkali dikaitkan dengan pengurusan kewangan khususnya bab simpanan.

Peribahasa ini satu saranan yang baik untuk dipraktikkan ketika kita masih kecil atau semasa di alam persekolahan untuk sentiasa konsisten menabung walau hanya sedikit.

Namun sejauh mana keberkesanan peribahasa “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” apabila kita meningkat dewasa apatah lagi komitmen dan tanggunjawab semakin bertambah. Akhirnya, istilah dalam menyimpan “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” bertukar menjadi “sikit-sikit, lama-lama masih sikit”. Mengapa?

Bayangkan kita sudah merancang macam-macam pelan untuk memperbaiki pengurusan simpanan kewangan kita tapi masih gagal. Tanpa kita sedari ada 2 jenis pencuri yang mengagalkan matalmat simpanan kita. Pencuri yang saya maksudkan ini ada dua iaitu:

  1. Pencuri ‘Short/Mid Term’– Diri Sendiri
  2. Pencuri ‘Long Term’– Inflasi

#1 Pencuri ‘Short / Mid Term’- Diri Sendiri

Siapakah yang digelar pencuri ‘short/mid term’ ini? Jawapannya ialah DIRI SENDIRI. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Katakanlah biskita membuat perancangan untuk tabung melancong $6000 dalam tempoh 5 tahun dengan menyimpan $100 pada setiap sebulan secara konsisten, (tanya diri sendiri) berapa lama simpanan duit di bank yang biskita buat mampu bertahan tanpa ada sebarang gangguan seperti cucuk kad di ATM atau swipe untuk berbelanja?

Berbelanja lebih untuk KEPERLUAN tidak mengapa. Hati-hati bila kita terlebih belanja pada benda bersifat KEMAHUAN.

Berdasarkan pengalaman saya berbincang tentang pengurusan kewangan khususnya bab simpanan, tidak kira sama ada dengan kawan-kawan atau orang ramai yang berurusan dengan saya, kebanyakan mereka menyatakan mereka gagal konsisten dalam menyimpan walaupun pada awalnya mereka mampu mempertahankan simpanan yang dibuat. Namun setelah 3 bulan atau paling lama 6 bulan ke atas, habis duit simpanan dibelanjakan.

Tidak hairan, hal ini terjadi kerana emosi dan nafsu dalam diri kita tidak terkawal apabila dalam bab berbelanja. Apabila terima gaji, kita mengambil masa kurang 1 hari untuk menyimpan duit dalam bank, selepas itu baki 28 atau 29 hari kita akan ‘bertarung’ dengan emosi dan nafsu dari belanja demi mempertahankan simpanan yang dibuat.

Menjadi fitrah dalam pemikiran kita bahawa duit untuk dibelanjakan. Sebab itu, pantang saja kita tahu berapa simpanan kita ada, nafsu untuk berbelanja semakin kuat.

Sebenarnya kita sedar bahawa diri kita adalah pencuri ketika membuat simpanan akan tetapi diri kita tidak mengakuinya dengan alasan ‘gaji bulan depan keluar, cover balik apa yang dipakai’. Tapi bila gaji sudah keluar, masih tidak dapat ganti balik duit yang dipakai pada bulan lepas. Justeru, kita harus berhati-hati dengan pencuri dalam diri kita sendiri.

#2 Pencuri Long Term– Inflasi

Mungkin ramai yang kurang peka dengan inflasi walaupun ia sudah terjadi disekeliliing kita. Inflasi ialah kenaikan harga barang atau perkhidmatan dan dalam hal yang sama nilai duit semakin berkurang atau menurun.

Contoh mudah misalnya roti canai kosong pada 5-10 tahun yang lepas adalah 50 sen sekeping, namun pada hari ini harganya sudah naik ke 80 sen atau $1.00. Dalam hal ini, nilai $1.00 tidak lagi mampu membeli 2 keping roti canai kosong sama seperti 5-10 tahun yang lalu. Ini dikatakan inflasi.

Ambil senario sebagai contoh bermula tahun 2018 kita hendak menyimpan $10,000 dalam tempoh10 tahun dengan tujuan pada 10 tahun akan datang kita akan beli 10,000 bungkus nasi katok. Umumnya, kita tahu harga 1 bungkus nasi katok ialah $1.00 pada hari ini. Bila tiba tahun 2028 (setelah 10 tahun menyimpan), rasanya duit $10,000 yang dikumpul boleh beli 10,000 bungkus nasi katok lagi?

Harga nasi katok sebungkus $1.00 pada hari ini. Rasanya 5 – 10 tahun akan datang harga masih sama?

Saya pasti harga nasi katok 10 tahun tidak sama dengan harga sekarang. Mungkin harga akan naik $1.20, $1.50 atau $2.00. Bagi yang simpan duit $10,000 sendiri dalam rumah pasti tidak akan dapat beli 10,000 bungkus nasi katok lagi. Bagi yang simpan duit dalam bank pasti menerima dividen atau profit setiap tahun. Dari sudut ANGKA jumlah duit mungkin bertambah tetapi dari sudut KUASA dan NILAI merosot. Sebab apa? Sebab nilai $1.00 tidak mampu lagi membeli 1 bungkus nasi katok.

Justeru, ramai diantara kita terlepas pandang tentang pencuri ‘long term’ini iaitu inflasi apabila membuat simpanan. Suka atau tidak, naik atau turun harga barang, kita harus bijak dalam menangani ‘pencuri’ ini atau sekurang-kurangnya meminimalkan impaknya dalam pengurusan kewangan kita.

 MEMPELBAGAIKAN BENTUK SIMPANAN

Saya tertarik dengan nasihat Warren Buffet:

“Do not put all eggs in one basket”

Jika kita aplikasikan nasihat ini dalam bab simpanan kewangan, jangan kita terlalu fokus kepada 1 tempat sahaja. Sekiranya biskita sebelum ini menyimpan duit dalam bank sahaja, ada baiknya menyimpan sebahagian duit dalam bentuk aset. Takut jika berlakunya kejatuhan sistem kewangan, nilai yang kita kumpul selama ini boleh lenyap begitu sahaja.

Kalau saya lebih menyarankan untuk menyimpan duit dalam bentuk aset (membeli aset) yang hakiki seperti tanah, rumah dan emas. Menyimpan nilai duit dalam bentuk aset dapat membantu kita untuk menghindari dari 2 pencuri yang dibincangkan di atas. Ini kerana jika kita simpan dalam bentuk aset fizikal, dalam kepala kita tidak akan terfikir angka $ yang ada. Jadi ia akan membantu kita dari terbelanja sesuka hati lebih-lebih mengelak dari pencuri berbentuk ‘short term’ iaitu emosi dan nafsu diri sendiri. Selain itu juga, 3 aset ini umumnya mengetahui akan kenaikan harga dan nilainya dalam jangka masa panjang. Ini akan membantu kita dalam meminimalkan impak inflasi kepada kewangan kita.

Antara 3 aset ini, emas adalah pilihan utama saya. Dalam hal ini, bukan bermaksud saya mengetepikan simpanan dalam bentuk duit kertas di dalam bank atau aset lain seperti tanah dan rumah. Saya juga ada simpanan duit dalam bank tapi saya lebih suka menyimpan dalam bentuk emas atas sebab keistimewaannya tersendiri. Untuk jangka masa panjang juga, insyaAllah saya akan menyimpan aset tanah dan rumah.

Emas pilihan utama saya atas keistimewaannya tersendiri. Boleh baca tentang keistimewaannya di sini.

Akhirnya, dalam merancang membuat simpanan walau sebesar atau sekecil mana pun gaji kita, kita sendirilah yang bertanggunjawab mengurusnya. Pengurusan kewangan yang terbaik ialah bukan tentang berapa jumlah gaji kita perolehi tetapi berapa banyak kita dapat simpan. Maka, rancang dan uruslah kewangan kita dengan sebaiknya.

Wa Allahu Alam.


Jika anda berminat untuk membeli emas Public Gold atau belajar tentang simpanan emas dengan bimbingan PERCUMA dari saya,  boleh whatsapp saya +673 8817602 (Redzuan).

Selain website ini, anda juga boleh mendapatkan info atau tip emas dan kewangan melalui facebook saya:

Semoga kita dapat berjumpa satu hari nanti, Insya-Allah.

MOHAMMAD REDZUAN MELUDIN
PUBLIC GOLD AUTHORIZED MASTER DEALER
PG CODE: PG028983
+673 8817602
29 ZULKAEDAH 1439 / 11 OGOS 2018

Artikel Berkaitan:

Saya Redzuan atau boleh panggil Ewan. Saya suka berkongsi ilmu tentang pengurusan kewangan dan paling penting ialah mendidik masyarakat di Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia untuk celik tentang emas. Saya akan bimbing secara PERCUMA. Semoga kita berjumpa satu hari nanti, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *