Umumnya, ramai yang tahu tentang emas sebagai sesuatu benda yang bernilai. Ramai yang beranggapan emas sebagai barang perhiasan untuk dipakai semata-mata. Hakikatnya, fungsi emas lebih dari itu. Emas sebenarnya boleh dijadikan sebagai simpanan.
Bila cakap tentang simpanan bermaksud kita mengurus kewangan pada hari ini untuk disimpan dengan tujuan duit berkenaan digunakan pada masa akan datang atau setelah mencapai matlamat yang ditetapkan.
Saya yakin dan pasti majoriti kita menyimpan dalam bentuk duit sama ada simpan dalam bank atau di rumah. Amat janggal rasanya bagi masyarakat kitani bila bercakap tentang simpanan dalam bentuk emas. Berdasarkan pengalaman saya mendidik masyarakat kitani untuk membuat simpanan emas, mereka sebenarnya bukan tidak mahu menyimpan emas tetapi tidak tahu bagaimana emas dapat dijadikan sebagai simpanan dan bagaimana ia memberi manfaat kepada penyimpannya.
Justeru, di sini saya senaraikan 9 keistimewaan emas bagi pemiliknya jika menyimpannya:
#1 Emas Melindungi Kuasa dan Nilai Kekayaan (Kalis Inflasi)
Bila kita simpan duit, kita berharap agar nilai kekayaan yang kita simpan selama ini dapat membeli apa yang kita hajati di masa akan datang. Katakanlah kita berniat untuk menyimpan $10,000 dalam masa 10 tahun dengan harapan 10 tahun akan datang kita beli 10,000 bungkus nasi katok (Ini contoh saja). $10,000 untuk 10,000 bungkus nasi katok mengambil kira harga 1 bungkus nasi katok $1.00 pada hari ini.
Agaknya duit yang dikumpul $10,000 cukup untuk membeli 10,000 bungkus nasi katok pada 10 tahun akan datang? Saya pasti harga nasi katok 10 tahun tidak sama dengan harga sekarang. Mungkin harga akan naik $1.20, $1.50 atau $2.00. Bagi yang simpan duit $10,000 dalam rumah pasti tidak akan dapat beli 10,000 bungkus nasi katok lagi. Bagi yang simpan duit dalam bank pasti menerima dividen atau profit setiap tahun. Dari sudut ANGKA jumlah duit mungkin bertambah tetapi dari sudut KUASA dan NILAI merosot. Sebab apa? Sebab nilai $1.00 tidak mampu lagi membeli 1 bungkus nasi katok.
Berbeza dengan emas, ia dapat melindungi kuasa dan nilai yang ada. Satu kisah yang menarik perhatian saya berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi. Seperti yang dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Pada zaman Nabi S.A.W 1400 tahun yang lalu, 1 Dinar (emas seberat 4.25 gram) dapat membeli 1 ekor kambing. Sekarang, harga 1 dinar (Sekitar $270-$300) masih dapat membeli seekor kambing. Justeru, dapat dikatakan Emas merupakan instrument kewangan yang mampu melindung kuasa dan nilai kekayaan.
#2 Emas ‘Ubat’ Penyakit Boros
Salah satu punca mengapa ramai orang tidak ada mempunyai simpanan atau simpanan masih sikit ialah disebabkan penyakit BOROS. Satu hakikat yang perlu diakui ialah dari sudut EMOSI, kita selalu kalah dalam mengawal berbelanja. Apabila EMOSI mengalahkan AKAL dalam berbelanja, maka terjadilah episod drama ‘Kerana Terpaksa, Simpanan Aku Korbankan’.
Terimalah REALITINYA, apabila dikepala kita tahu berapa (angka / nombor) jumlah simpanan yang kita ada dan ditambah lagi EMOSI menguasai diri, PASTI simpanan duit dibank kita kacau. Tambahan lagi kadang-kala kita akan ‘match’kan benda yang boleh dibeli dengan jumlah duit yang kita simpan. Suara kecil dalam hati bercakap ‘inda mengapa, bulan dapan cover balik’. Bila masuk gaji bulan depan, langsung tidak cover balik. Situasi beginilah yang menjadi tabung simpanan kita SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA MASIH SIKIT bukan JADI BUKIT.
Berdasarkan pengalaman saya dalam mendidik masyarakat tentang emas, ramai yang menyatakan mereka simpan emas sebab elak boros berbelanja. Bagaimana emas boleh mengelak dari sikap boros? Ini 2 sebabnya:
- Bila simpan emas, kita akan membayangkan lebih kepada GRAM emas yang disimpan dari NILAI $ emas berkenaan. Jadi, emosi untuk berbelanja dapat dikawal.
- Salah satu tip untuk elak berbelanja lebih ialah dengan menyulitkan pengeluaran duit simpanan. Zaman moden ini, penjual semakin bijak dengan menawarkan kaedah pembayaran sama ada secara online atau Silap hari bulan, memang kadang-kadang duit simpanan pun kita akan kacau. Berbeza dengan emas, bila kita menyimpannya secara fizikal ia tidak dapat membuat pembayaran online mahupun swipe. Bila kita mahu jual balik atau mengadainya akan melalui beberapa proses. Ini akan memberi kita masa untuk berfikir lebih panjang sama ada barang yang dibeli dalam kategori kemahuan atau keperluan. Akhirnya, cara menangguh ini boleh mengalahkan emosi untuk berbelanja secara boros.
#3 Emas Mempunyai Nilai Hakiki (Intrinsik)
Emas tidak boleh dimanupulasi. Emas tulen tidak boleh dicipta oleh manusia. Ia adalah logam yang diciptakan oleh Allah. Tidak dinafikan emas mempunyai nilainya yang tersendiri walau hancur lebur ia tetap bernilai. Katakanlah awda menyimpan emas 10 gram dan potong menjadi dua ia akan menjadi 2 keping 5 gram. Emas tetap akan kekal emas walau ia hancur berkecai.
Berbeza dengan duit, nilai sebenar duit kertas hanyalah sen sahaja seperti kos pembuatan kertas dan percetakan. Itulah harga sebenar duit. Ada pun nilai yang dicetak atas duit tersebut adalah kuasa nilai yang diberikan oleh kerajaan. Sebab itu dalam duit kertas ada menyatakan ‘Wang Kertas ini sah diperlakukan dengan nilai Satu / Lima / Sepuluh Ringgit’.
Itu cerita dari sudut nilai. Bagaimana pula jika duit kertas berkenaan terpotong dua? Kadang-kadang setengah kedai tidak menerimanya. Apatah lagi jika duit kertas tersebut hangus atau hancur lebur, sudah pasti tidak bernilai lagi.
#4 Emas Sebagai Matawang Dunia
Satu contoh sejarah terbaik bagi menerangkan maksud poin ini adalah kes pelarian Perang Vietnam sekitar 1970-an yang mana ribuan pelarian ini telah menukarkan harta tanah dan segala aset yang lain kepada bentuk emas yang dipanggil emas Kim Thant. Dengan berbekal emas ini, mereka dapat memulakan hidup baru di mana-mana sahaja negara yang mereka singgah. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam, sudah pasti ia tidak laku dan tidak diterima oleh sebahagian negara. Jika dibandingkan dengan emas, ia lebih diterima oleh majoriti negara.
Mungkin ada yang berpendapat kejadian berkenaan adalah zaman yang banyak berlakunya peperangan sebab itu emas menjadi satu KEMESTIAN. Kalau begitu, di zaman yang dikatakan aman ini, adakah duit sebuah negara itu akan laku jika ditukar di negara-negara lain? Sedangkan duit US yang dianggap duit universal tidak semua cetakan tahun diterima oleh sesetengah negara.
Saya pernah datang ke Money Changer yang ada di Brunei untuk menukar duit US, malangnya cetakan sebelum tahun 2000 tidak diterima. Dari sudut fizikal kertas berkenaan pula, duit kertas tersebut tidak boleh ‘kumuh’(banyak lipatan) dan tidak boleh ada apa-apa tulisan pen atau pensil.
Justeru, emas boleh dianggap matawang dunia jika dibandingkan dengan duit kertas dari sudut penerimaan masyarakat secara global.
#5 Emas Tidak Ada Tarikh Luput- ‘Expiry Date’
Salah satu keistimewaan emas yang paling besar ialah ia tidak ada tarikh luput. Ia tetap bernilai sampai bila-bila bahkan sampai ke syurga sepertimana yang digambarkan dalam Al-Quran. Sebab itu kalau kita perasan, kebanyakan kedai emas masih mampu bertahan lama walaupun kedainya sudah lama wujud sejak zaman nenek kita. Perniagaan emas tidak akan menghapuskan nilai emas sebab tidak ada tarikh luput.
Bagaimana pula dengan duit? Salah satu contoh yang mengejutkan ialah apabila Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan denominasi baru pada 8 November 2016. Dalam pengumuman tersebut, Modi mengisytiharkan bahawa penggunaan semua wang kertas bernilai ₹ 500 (Sekitar $10) dan ₹ 1000 ($20) akan menjadi tidak sah lewat selepas tengah malam. Beliau kemudiannya mengumumkan penerbitan wang kertas baru ₹ 500 dan ₹ 2000 sebagai ganti.
Kerajaan India mendakwa bahawa tindakan itu akan menghapuskan penggunaan wang gelap dan palsu yang digunakan untuk membiayai kegiatan haram dan keganasan. (Rujukan: http://www.abc.net.au/news/2016-11-09/india-abolishes-larger-banknotes-in-fight-against-corruption/8007734)
Berdasarkan kejadian ini, terdapat 2 perkara yang boleh diambil iktibar iaitu:
- Wang kertas mempunyai tempoh penggunaan berdasarkan kehendak Kerajaan. Maksudnya Kerajaan bila-bila masa boleh mengisytiharkan pemansuhan duit kertas.
- Wang kertas boleh dipalsukan dan dimanupulasi oleh manusia.
Setentunya perkara sebegini dapat dielak jika kita menyimpan emas kerana emas yang tulen akan kekal emas sampai bila-bila.
#6 Emas Sebagai Magnet kekayaan
Pantang orang tahu kita ada simpan emas, pasti ada yang akan bercakap “Kaya jua eh.. ada simpan emas”. Padahal dia tidak tahu kita hanya simpan 1 gram (Nilai sekitar $60-$70) -contoh ?-. Itulah hakikat emas menjadi satu simbol kekayaan dari dulu lagi. Bukan bermaksud kita hendak bermegah dengan kekayaan yang ada.
Apa dimaksudkan dengan Magnet Kekayaan? Aura simpan duit dengan aura simpan emas sangat berbeza. Bila simpan duit, semakin banyak simpanan dikumpul semakin kuat dugaan emosi untuk berbelanja. Beza bila simpan emas, terasa sayang kalau dijual untuk dibelanjakan selagi matlamat belum tercapai.
Berdasarkan pemerhatian saya tentang orang yang simpan emas, ramai yang mereka merancang untuk membeli minima 1 gram 1 bulan. Pada hujung tahun akan terkumpul menjadi 12 gram (12 Bulan X 1 Gram). Apa yang mengejutkan ialah kebanyakan penyimpan emas dapat simpan 15 gram, 20 gram atau lebih dari apa yang dirancang.
Ini adalah salah satu keistimewaan emas yang boleh menimbulkan perasaan iski (suka )kepada pemilik dan penyimpannya. Bila sudah menyimpan emas pertama, semakin suka untuk menambah lagi. Itulah kehebatan emas sebagai magnet kekayaan.
#7 Emas Sebagai Aset Mampu Milik.
Ada yang beranggapan emas ini mahal kerana ia benda yang berharga dan hanya orang yang banyak duit sahaja dapat memilikinya. Silap! Sebenarnya semua orang boleh dan mampu memiliki emas walau sekecil 1 gram dengan nilai $60-$70 pada waktu sekarang. Hatta emas sekecil 0.5 gram pun ada dijual oleh syarikat emas seperti Public Gold.
Berbeza aset lain seperti tanah, kita perlukan modal yang besar untuk membelinya atau sekurang-kurangnya duit ribuan untuk wang deposit. Aset emas tidak seperti itu. Emas boleh dibeli sedikit-sedikit serendah 1 gram misalnya dan dikumpul hingga 1 kilogram tetapi untuk membeli tanah kita tidak dapat beli mengikut sejumlah kaki per segi hari ini kemudian beli lagi hari lain dan bila dah cukup untuk membina sebuah rumah baru mulakan pembinaan.
Justeru, emas boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja walau gaji kita kecil. Apa yang penting ialah kemahuan kita untuk menyimpan aset emas demi kebaikan masa depan.
#8 Emas Mudah Ditukar Ke Bentuk Tunai
Jika zaman dulu emas dijadikan sebagai duit untuk apa jua transaksi jual beli. Sekarang, semua orang mengunakan duit kertas sebagai medium urusan jual beli. Bagi penyimpan emas, bila memerlukan duit tunai mereka ada dua pilihan sama ada menjualnya atau mengadainya.
Emas boleh dijual di mana-mana sahaja tetap akan dibeli. Di Brunei penyimpan emas boleh menjual emas mereka ke kedai emas atau dealer syarikat emas atau kepada orang ramai yang memang seorang penyimpan emas.
Jika sayang untuk menjual emas yang disimpan akan tetapi memerlukan duit tunai, penyimpan emas boleh mengadaikan emas ada. Di Brunei (setakat artikel ini ditulis) para penyimpan emas boleh mengadai emas mereka di Bank Islam Brunei Darussalam, BIBD.
#9 Nilai Emas Meningkat Untuk Jangka Panjang
Tidak dinafikan emas merupakan simpanan yang terbaik jika ia disimpan untuk jangka masa yang panjang. Harga emas 10 tahun yang lalu tidak sama dengan harga emas pada masa ini. Dah sudah setentunya 10 tahun akan datang harga emas pasti berbeza. Buktinya? Boleh tanya kepada orang yang lebih senior atau veteran dalam keluarga biskita berapa harga emas di zaman mereka dan bandingkan dengan harga sekarang.
Jika dilihat dari sejarah harga emas, mulai tahun 1970-an harga emas mulai naik disebabkan duit US tidak bersandarkan kepada emas. Harga turun dan naik emas begitu rancak sehingga tahun 2011. Selepas itu harga emas menurun sedikit dalam jangka masa pendek (sebenarnya ini peluang untuk tambah aset bagi sesiapa yang faham fungsi emas sebenar). Namun begitu, walaupun dari sudut trend ia menurun, pada hakikatnya untuk jangka panjang ia sedang naik (perkara ini belum mengambil kira tentang inflasi).
Pada tahun 2014 saya membeli 1 gram emas public gold dengan harga RM 135 (Sekitar $50). Harga emas pada tahun 2018 ialah RM 173 per gram (Sekitar $60).
MEMBUKA MINDA TENTANG EMAS
Dalam artikel ini dapat disimpulkan bahawa emas mempunyai keistimewaannya tersendiri, antaranya ialah:
- Emas Melindungi Nilai dan Kuasa Kekayaan (Kalis Inflasi)
- Emas ‘Ubat’ Penyakit Boros
- Emas Mempunyai Nilai Hakiki (Intrinsik)
- Emas Sebagai Matawang Dunia
- Emas tidak ada tarikh luput ‘Expiry Date’
- Emas Sebagai Magnet Kekayaan
- Emas Sebagai Aset Mampu Milik
- Emas Mudah Ditukar Ke Bentuk Tunai
- Nilai Emas Meningkat Untuk Jangka Masa Panjang
Bedasar poin yang saya kongsikan ini diharap sedikit sebanyak membuka minda biskita tentang peranan emas ketika sistem kewangan merosot. Kita mungkin berfikiran kebarangkalian terjadinya kejadian seperti peperangan Vietnam (poin no 4) atau kejadian di India (poin no 5) -semoga dijauhkan dari perkara ini- adalah 0.0001% di negara kita. Tapi ingat dan berwaspadalah apabila 0.0001% ini terjadi, kehidupan kita akan berubah secara total 360 darjah.
Begitu juga halnya jika kita adalah seseorang yang mudah berbelanja secara boros tetapi berharap simpanan banyak, boleh cuba simpan emas untuk memperbaiki pengurusan kewangan kita hari ini.
“Lakukan sesuatu yang membuatkan ‘Masa depan’ biskita berterima kasih atas apa yang biskita lakukan pada hari ini”
Jika anda berminat untuk membeli emas Public Gold atau belajar tentang simpanan emas dengan bimbingan PERCUMA dari saya, boleh whatsapp saya +673 8817602 (Redzuan).
Selain website ini, anda juga boleh mendapatkan info atau tip emas dan kewangan melalui facebook saya:
- www.facebook.com/KhazanahKitani (Fanpage: Khazanah Emas & Perak Kitani)
- www.facebook.com/redzuan.meludin (Facebook Peribadi: Mohammad Redzuan Meludin)
- www.instagram.com/mohammadredzuanmeludin (Instagram: Mohammad Redzuan Meludin)
Semoga kita dapat berjumpa satu hari nanti, Insya-Allah.
MOHAMMAD REDZUAN MELUDIN
PUBLIC GOLD AUTHORIZED MASTER DEALER
PG CODE: PG028983
+673 8817602
25 ZULKAEDAH 1439 / 07 OGOS 2018
Mantap Tuan! Teruskan menulis dan mendidik 😀
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat untuk masyarakat kitani celik tentang emas. Amin ?
Alhamdulillah selesai uda saya membaca. Artikel sangat menarik kerana diselitkan dengan bukti, statistik dan perkongsian pengalaman. in shaa Allah, artikel ani mampu menarik perhatian orang mengenai manfaat emas.
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat untuk semua 🙂
Artikel yang sangat bagus, padat dengan pelajaran dan sejarah yang menunjukkan kesan emas dari 1400 tahun yang lalu sehingga kini tetap kalis inflasi.
Terbaik Tuan!!
Alhamdulillah Tuan. Semoga bermanfaat untuk masyarakat kitani. 🙂