Bila tiba musim raya, banyak perkara yang mengembirakan kita seperti berjumpa keluarga dan sahabat, makan dan minum free (open house) dan paling penting ialah duit raya. Bukan saja kanak-kanak yang iski (seronok), tapi orang dewasa pun masih berharap (dalam hati) diberi angpau raya walaupun realitinya tidak diberi langsung.
Perlu diingat bahawa duit raya anak adalah kepunyaan anak kita. Ibu bapa hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit mereka sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.
Fikir balik, duit raya anak-anak di tahun yang lepas macamana diurus? Jika kita pernah memakainya, kita wajib ganti balik. Kita tidak boleh mengunakannya sesuka hati. Itu adalah hak mereka.
Saya yakin dan pasti majoriti cara ibubapa menguruskan duit raya anak mereka ialah dengan menyimpan duit di bank. Ini adalah cara yang biasa orang buat.
Cara ‘luar biasa’ untuk urus duit raya anak ialah dengan menukarkan (beli) duit raya ke aset emas. Kaedah ini tidak ramai yang mengunakannya bukan sebab tidak mahu tetapi kadang-kadang ada yang tidak tahu maanfaat emas untuk anak-anak mereka nanti.
Di sini saya kongsikan 4 sebab utama kenapa saya syorkan kepada ibubapa untuk menukar duit raya anak mereka ke emas.
#1- Simpanan TERBAIK untuk jangka Panjang
Tidak dinafikan emas merupakan simpanan yang terbaik bagi anak-anak lebih-lebih untuk jangka masa yang panjang. Kebaikan ini dapat dilihat dari sudut:
- Nilai– Untuk jangka masa yang panjang emas semakin lama semakin berharga. Harga emas 10 tahun yang lalu tidak akan sama dengan harga emas pada masa ini. Dah sudah setentunya 10 tahun akan datang harga emas pasti berbeza. Buktinya? Boleh tanya kepada orang yang lebih senior atau veteran dalam keluarga biskita berapa harga emas di zaman mereka dan lepas tu biskita bandingkan dengan harga sekarang.
“Emas tidak ada tarikh luput, manakala duit kertas untuk tempoh tahun yang tertentu sahaja”
- Kuasa beli- Duit $1.00 yang kita ada pada hari ini boleh beli 1 nasi katok. Rasa-rasanya kalau anak-anak dah besar 10 tahun akan datang duit $1.00 cukup untuk beli 1 nasi katok atau tidak? Saya masih ingat nenek saya bercerita tentang zaman persekolahan mereka. Dengan berbekalkan 50 sen pun sudah cukup untuk membeli sebungkus nasi dan air. Belanja 50 sen pun sudah dikira mewah.
Itu nilai 50 sen pada tahun 50-60 an. Bagaimana nilai 50 sen pada zaman sekarang ini? Dan bagaimana pula nilainya nanti di 10-20 tahun yang akan datang setelah anak-anak meningkat dewasa. Ini yang dimaksudkan kuasa beli.
Berbeza dengan emas, ia boleh mengekalkan kuasa beli. Salah satu contoh ialah pada 1400 yang lalu, 1 Dinar boleh beli 1 ekor kambing. Sekarang? Dengan 1 dinar pun masih boleh beli 1 ekor kambing.
#2- Didik anak untuk kawal emosi berbelanja
Kalau kita yang sudah dewasa boleh kalah dengan emosi untuk berbelanja, apatah lagi anak-anak yang diberi $10 pun sudah terasa ‘kaya’ dan mula timbul emosi untuk berbelanja.
Kebiasaan kita hanya akan memberi nasihat secara Verbal (lisan), “Lai simpan duit atu bisai2, jangan membajir (membazir)” last-last anak angguk saja, dah tu beli mainan. Tidak salah untuk anak-anak membelanjakan duit yang ada, tapi adalah baik bagi kita sebagai ibubapa mengajar anak untuk mengawal emosi mereka untuk berbelanja.
Bagaimana emas boleh membantu kawal emosi berbelanja? Secara logiknya, bila kita pegang duit, akan terbayang angka atau nombor nilai duit yang kita ada. Sudah pasti kita akan ‘adjust’ atau ‘match’kan nilai tersebut dengan harga benda yang dibeli. Tidak mengapa kalau beli barang keperluan, tapi kadang-kadang bila tahu ada masih ada baki duit, barang dalam katergori kemahuan pun dibeli.
Bila kita simpan emas, emosi kita tidak akan terganggu untuk membeli-belah. Sebab bila kita simpan emas, dalam fikiran kita lebih membayangkan gram daripada nilai emas itu sendiri. Akhirnya, emosi untuk membeli semakin berkurang.
Kalau tiba musim raya, anak-anak sudah pasti berasa kaya sebab dapat duit raya. Ambil peluang ini untuk didik anak-anak kawal emosi berbelanja mereka.
#3- Tanamkan ‘mindset’ simpan aset emas
Kalau masa saya kecil dulu, seringkali saya dengar ada sebilangan ibubapa yang mempunyai banyak tanah untuk diwariskan untuk anak-anak mereka. Kebiasaan orang yang ada banyak tanah dikategorikan orang kaya dan yang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah duit yang besar untuk membelinya.
Tidak semua orang mampu untuk memiliki aset tanah tetapi semua orang boleh memiliki emas walau sekecil 1 gram. Emas 1 gram sudah ramai orang merasakan berharga. Kalau tanah sepasu belum tentu ramai orang menghargainya. Zaman sekarang anak-anak pun boleh dapat simpan aset emas. Dengan Public Gold, anak-anak biskita boleh memiliki emas fizikal.
“Tanamkan ‘mindset’ dalam diri anak untuk simpan emas: Simpan EMAS bererti ada duit, simpan duit BELUM tentu ada emas”
Bayangkan kalau dari kecil ibubapa sudah didik anak untuk melahirkan sikap menyimpan dan ditambah pula dengan menyimpan aset emas, sudah tentu bila mereka dewasa nanti mereka pandai memanfaatkan simpanan yang dibuat selama ini.
#4- Koleksi yang terhad
Antara salah satu sebab kenapa saya syorkan untuk tukar duit raya anak ke emas khususnya emas Public Gold ialah disebabkan koleksi yang terhad. Public gold mula memperkenalkan emas bar edisi RAYA mulai tahun 2015. Setiap tahun akan dikeluarkan design yang berbeza dan unik. Ada pun design yang dibuat hanya untuk jumlah yang terhad sahaja.
Bila kita simpan emas yang terhad seperti ini untuk anak-anak kita, mereka akan dapat 2 keuntungan besar insyaAllah iaitu:
- Keuntungan kenaikan harga.
- Keuntungan koleksi terhad- Apabila Public Gold sudah tidak mengeluarkan emas dengan design yang terhad, maka secara automatik design tersebut akan dianggap ‘Rare’. Bila design jadi rare dan terhad, ia akan menjadi rebutan para collector emas. Ada yang sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk memiliki design tersebut.
SARANAN SAYA
Antara sebab-sebab inilah saya syorkan ibubapa untuk menyimpan duit simpanan anak mereka ke emas apatah lagi mereka belum gunakannya pada masa ini. Tambahan pula keadaan ekonomi yang tidak menentu dan tidak diketahui di masa akan datang.
Secara peribadi, Alhamdulillah tahun 2018 ini saya dan isteri meraikan musim raya dengan 2 orang anak. Kesemua duit raya yang mereka dapat, saya akan tukar ke aset emas. Ini bukan bermaksud saya tolak prinsip untuk simpan duit, bukan. Saya juga ada simpan duit untuk anak-anak di bank tapi saya lebihkan 80-90% simpanan dalam bentuk aset emas fizikal.
Untuk akhirnya, belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca website khazanahkitani.com. Semoga bermanfaat, insyaAllah.
Jika anda berminat untuk membeli emas Public Gold atau belajar tentang simpanan emas dengan bimbingan PERCUMA dari saya, boleh whatsapp saya +673 8817602 (Redzuan).
Selain website ini, anda juga boleh mendapatkan info atau tip emas dan kewangan melalui facebook saya:
- www.facebook.com/KhazanahKitani (Fanpage: Khazanah Emas & Perak Kitani)
- www.facebook.com/redzuan.meludin (Facebook Peribadi: Mohammad Redzuan Meludin)
- www.instagram.com/mohammadredzuanmeludin (Instagram: Mohammad Redzuan Meludin)
Semoga kita dapat berjumpa satu hari nanti, Insya-Allah.
Nice post bos
Terima Kasih Puan. Semoga bermanfaat, insya Allah 🙂