Bangun tidur, cek akaun bank ada sejumlah duit tiba-tiba masuk dalam akaun kita? Confirm happy kan? Lebih-lebih lagi duit masuk dipertengahan bulan a.k.a ‘bulan tua’ ?. Tahun 2018 ini memperlihatkan satu perubahan yang besar bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Brunei apabila diumumkan tentang pembayaran gaji 2 kali sebulan akan dilaksanakan. Insiatif ini sudah dijalankan secara rintis bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan didalamnya pada awal Januari 2018.
Kini, setelah 6 bulan berjalan, inisiatif ini dilaratkan kepada kepada keseluruhan warga Perkhidmatan Kerajaan mulai Jun 2018. Di sini saya senarai 10 perkara yang perlu biskita tahu tentang pembayaran gaji 2 kali sebulan ini:
- PROSES bukan JUMLAH: Jangan salah faham yang kita akan menerima gaji 2 kali ganda, bukan! Jumlah gaji yang biskita terima masih sama seperti biskita terima gaji sebulan. Perubahan adalah pada PROSES iaitu penerimaan gaji 2 kali sebulan.
- Gaji akan dibayar pada PERTENGAHAN dan PENGHUJUNG BULAN
- Pemberian gaji di PERTENGAHAN bulan diperkirakan 50% dari gaji bersih (Net Salary) selepas ditolak segala elaun-elaun dan potongan-potongan seperti TAP, SCP dan hutang kerajaan.
- Hutang dengan bank: Pihak bank dan institusi kewangan akan menahan separuh (50%) daripada jumlah potongan sebulan pada pembayaran gaji pertama (Pertengahan bulan), manakala separuh (50%) lagi akan dipotong pada pembayaran gaji kedua (Penghujung bulan).
- Pinjaman yang dibayar melalui kaunter seperti pembayaran kad kredit atau kereta adalah atas tanggungjawab individu mengikut perjanjian dengan pihak bank dan institusi kewangan berkenaan.
- Slip gaji masih dikeluarkan SEKALI sebulan seperti biasa.
- Pembayaran gaji dua kali sebulan ini kepada keseluruhan warga Perkhidmatan Kerajaan termasuk Perkhidmatan dan Kakitangan dalam perkhidmatan Gaji Tetap, Open Vote dan bergaji hari.
- Program ini tidak termasuk pembayaran Pencen Perkhidmatan, Elaun Tua dan Elaun Gelaran, Elaun Penuntut dan Elaun-Elaun skim I-ready dan Perkembangan Kapasiti.
- Program ini juga tidak dilaratkan kepada Badan-Badan Berkanun dan Government Linked Companies. Ianya adalah tertakluk ketetapan Lembaga masing untuk melaksanakan inisiatif ini.
- Pembayaran BONUS tahunan hanya akan dibayar pada tarikh bayaran GAJI AKHIR (penghujung) bulan Disember.
Untuk info lebih lanjut lagi tentang pembayaran gaji 2 kali sebulan ini boleh rujuk website Kementerian Kewangan, Brunei Darussalam (Klik Sini).
Semestinya inisiatif Kerajaan ini merupakan satu langkah yang baik untuk memudahkan orang ramai merancangkan perbelanjaan dan meningkatkan keberkesanan pengurusan aliran tunai Pegawai dan Kakitangan dalam membiayai keperluan.
Inisiatif ini akan menjadi diri kita berasa ‘sentiasa ada duit’. Belum sampai 2 minggu terima gaji di pertengahan, terima lagi gaji pada penghujung bulan. Mungkin kita rasa siuk (seronok), tapi perlulah hati-hati sebab naluri manusia pantang tahu akaun berisi, habis duit dibelanjakan. Diri biskitalah memainkan peranan penting dalam pengurusan kewangan masing-masing. Sini saya kongsikan 4 cara untuk mengurus kewangan biskita setelah menerima 2 kali gaji sebulan:
#1- Duduk Diam Pertengahan Bulan, Hingar Hujung bulan
“Aku prefer gaji sebulan sekali, sanang sekaligus membali barang untuk sebulan-bulan”
Kalau biskita masih belum dapat menerima hakikat gaji 2 kali sebulan, jangan risau. Pada pertengahan bulan orang sibuk keluar ofis untuk ‘cucuk ATM’ (ambil duit), biskita duduk teranah di ofis fokus buat kerja. Bila orang sibuk mengoogle Stor Kitani, Fashion Valet, Zalora, ebay dan sebagainya dipertengahan bulan, biskita abaikan saja. Ketika biskita balik kerja, jangan toleh barisan orang beratur di ATM, biskita jalan terus saja. Jangan lirik2, awas!
Satu tip penting, jangan bawa kad debit masa pertengahan bulan, tinggalkan saja dirumah. Separuh gaji dah masuk dalam akaun, biskita make don’t know saja. Dah terima separuh gaji hujung bulan baru biskita beraksi untuk berbelanja dan sebagainya.
“Alaa… kalau tahu ada duit dalam bank, payahkan nda ‘amai tangan’ bro / sis”
Kalau ada suara kecil hati biskita berkata sedemikian, boleh cuba 3 cara berikut.
#2- Simpan dan Belanja Separuh- Separuh
Bila terima separuh gaji di pertengahan bulan, boleh buat:
- Simpan separuh duit simpanan yang lazimnya dibuat. Jika sebelum ini biskita simpan $100 setiap hujung bulan, kali ini simpan $50 di pertengahan bulan dan $50 lagi di hujung bulan.
- Berbelanja dengan membeli barang keperluan harian untuk 2 minggu sahaja.
- Bayar 50% hutang yang tidak terikat dengan kerajaan atau institusi bank seperti hutang kawan atau keluarga.
Bila buat cara ini, biskita dapat track ke mana aliran wang biskita pergi. Tidak perlu tunggu hujung bulan baru buat ‘tracking expense’. Di samping itu juga, dari sudut perbelanjaan dengan cara ini biskita dapat memantau setiap 2 minggu sama ada barang yang dibeli dalam kategori KEPERLUAN atau KEMAHUAN.
#3- Fokus Bayar Komitmen di Pertengahan bulan, Siuk berbelanja di Hujung bulan
Seperti yang biskita maklum, segala hutang dan komitmen dengan kerajaan dan institusi kewangan akan ditahan pada pertengahan bulan dan selebihnya akan ditolak pada hujung bulan. Manakala hutang yang berbayar dikaunter adalah tanggunjawab individu sendiri seperti pembayaran kereta atau kad kredit misalnya. Jadi ambil peluang di pertengahan bulan ini kita fokus untuk bayar 100% hutang bulanan.
Kalau sekiranya biskita ada mengambil pembantu rumah, biskita boleh asingkan 100% duit gaji beliau. Terpulang pada biskita sama ada serahkan kepada beliau 100% gaji masa pertengahan bulan atau hujung bulan. Begitu juga halnya, kalau biskita ada membuat hutang dengan kawan-kawan atau keluarga, bayar 100% hutang tu kepada mereka. Kasi diorang rasa ‘banyak duit’ di pertengahan bulan.
Jika sebelum ini biskita menyimpan $100 sebagai simpanan pada setiap hujung bulan. Setelah menerima gaji 2 kali sebulan, ambil peluang di pertengahan bulan untuk masukkan duit simpanan 100% seperti yang selalu buat.
Bila dah fokus bayar semua hutang dan komitmen pada pertengahan bulan, masuk lagi separuh gaji pada hujung bulan, kita akan dapat duit lebihan (setelah potongan hutang dan komitmen secara automatik). Duit tersebut kita boleh pakai untuk berbelanja. Bila berbelanja, hati pun tenang sebab semua hutang dan komitmen dah settled awal-awal pada pertengahan bulan, alhamdulillah.
“Bro / Sis, kalau ku simpan 100% duit simpanan di pertengahan bulan, hujung bulan ku kacau jua simpanan atu”
Perkara sebegini memang selalu terjadi disebabkan naluri dan emosi manusia yang suka berbelanja bila tahu diri ada duit. Kalau biskita selalu hadapi masalah ini, boleh try cara #4 ini.
#4 Simpan emas pertengahan bulan, Belanja duit hujung bulan
Memang fitrah manusia kalau rasa ada duit, mesti gatal hati untuk dibelanjakan. Ada orang yang dapat menyimpan duit tapi kadang-kadang simpanan tidak mampu bertahan lama. Jumlah simpanan sepatut ada $1000 dalam bank, lepas 3-6 bulan dah mula swipe kad sana sini. Habis duit simpanan dibelanjakan hingga baki tinggal sikit atau paling parah tinggal zero.
Kalau biskita ada ‘penyakit’ yang suka kacau duit simpanan, boleh cuba alternatif lain iaitu dengan membeli emas. Maksud beli emas ialah kita tukar duit kita ke aset emas. Bila kita simpan emas saya yakin dapat mempertahankan emosi kita untuk berbelanja. Sebab bila simpan emas, dikepala kita hanya terbayang ‘gram’ bukan ‘angka’ duit. Walhal emas itu ada duit sebnar yang bernilai.
Jika biskita sebelum ini memang sudah menyimpan emas sebagai simpanan setiap bulan, kali ini biskita boleh beli emas di pertengahan bulan sebagai simpanan, manakala lebih duit yang diterima pada hujung bulan boleh belanja.
“Fokus beli emas di pertengahan bulan sebagai SIMPANAN, hati senang dan fikiran tenang BELANJA duit di hujung bulan”
Jika biskita sebelum ini belum pernah membeli emas sebagai simpanan, boleh mula SEKARANG. Beli emas tidak semestinya perlukan duit yang banyak boleh mula serendah dengan 1 gram.
Akhir Kata
4 cara yang saya tulis ini hanya sebagai cadangan sahaja. Ikutlah mana-mana cara yang biskita selesa. Fokus aspek POSITIF pada perlaksanaan Kerajaan untuk pembayaran 2 kali gaji ini. Saya yakin dan percaya inisiatif yang dibuat ini bukan atas dasar suka-suka tapi untuk kebaikan bersama. Justeru, kalau PROSES penerimaan gaji dah berubah, biskita pun boleh mengubah pengurusan kewangan biskita ke arah yang lebih baik dan mantap.
Jika anda berminat untuk membeli emas Public Gold atau belajar tentang simpanan emas dengan bimbingan PERCUMA dari saya, boleh whatsapp saya +673 8817602 (Redzuan).
Selain website ini, anda juga boleh mendapatkan info atau tip emas dan kewangan melalui facebook saya:
- www.facebook.com/KhazanahKitani (Fanpage: Khazanah Emas & Perak Kitani)
- www.facebook.com/redzuan.meludin (Facebook Peribadi: Mohammad Redzuan Meludin)
- www.instagram.com/mohammadredzuanmeludin (Instagram: Mohammad Redzuan Meludin)
Semoga kita dapat berjumpa satu hari nanti, Insya-Allah.
Nice article
Setuju tu dgn cadangan…
Alhamdulilllah, Semoga bermanfaat, insyaAllah. 🙂