KENALI SAYA: ADMIN KHAZANAH KITANI.COM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Diri Saya!

SECEBIS LATAR BELAKANG PERIBADI

Nama saya Mohammad Redzuan bin Meludin atau boleh panggil Ewan. Saya berasal dari daerah Tutong dan setelah berkahwin saya menetap di daerah Brunei Muara. Alhamdulillah, saya dan isteri (Akmal) dikurniakan 2 orang cahaya mata; seorang putera (‘Aqiel) dan seorang puteri (Inara). Saya merupakan Authorize Master Dealer Public Gold (PG Code: PG028983) di Brunei Darussalam sejak dari tahun 2013 dan sekarang masih aktif untuk mendidik masyarakat Brunei tentang fungsi emas dan manfaatnya dalam pengurusan kewangan.

BAGAIMANA SAYA BERMULA DENGAN EMAS?

Al-kisah… pada tahun 2007, alhamdulillah saya telah diberi peluang untuk mengikut pengajian Ijazah Sarjana Muda (Degree) di Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir selama 4 tahun. Ini merupakan cabaran bagi diri saya untuk berdikari menguruskan segala hal-hal seharian termasuk perbelanjaan seharian dan sebagainya (first time berjauhan dari family dalam jangka masa yang lama). Cost of living di Mesir tidaklah mahal sangat. Makan Shawerma murah, makan nasi arab ayam/kambing mandy murah, minum ‘asir (Juice) murah hatta kos sewa aparment pun murah!

Bergambar dalam perkarangan Masjid Al-Azhar, Mesir.

Dengan berbekalkan ilmu pengurusan kewangan yang ada, dapatlah saya buat saving dari duit lebihan yang ada. Caranya, setelah saya menerima elaun pada setiap awal bulan, perkara pertama sekali yang akan saya buat ialah transfer sejumlah duit ke akaun HSBC bapa saya (pada masa tu, saya menerima elaun melalui HSBC). Di Brunei, bapa saya akan keluarkan duit tadi dan memasukkan dalam akaun BIBD -Bank Islam Brunei Darussalam- saya. Jadi, sepanjang saya berada dimesir tidaklah gatal tangan mahu membelanjakan duit saving sebab kad debit bank tersebut saya simpan dan tinggalkan di Brunei saja. Haha Bijak tak?! TAPI…

Sebijak-bijak akal, bijak lagi EMOSI saya.  Masuk tahun ke 3 saya di Mesir setelah saya menghabiskan percutian musim panas di Brunei, kad debit BIBD (Akaun untuk saving saya) ‘ikut sama’ dalam wallet saya berjiran dengan kad-kad yang lain dengan alasan ‘In case kecemasan, boleh swipe saja’. Kebetulan pada tahun tersebut saya telah merancang untuk belayar ke United Kingdom dan France untuk jalan-jalan jelajah dunia. Dari situ, bermulalah episod pemgembaraan drama ‘Kerana emosi berbelanja, tabung simpanan aku korbankan’. Dengan kemudahan kad debit, saya swipe sana sini untuk berbelanja sehingga baki simpanan tinggal sedikit. Fuhh! bayangkan saya simpan duit berbulan-bulan tapi boleh habis dibelanjakan dalam masa 7 hari saja. Sejak hari itu, duit simpanan saya tidak bertambah-tambah hinggalah saya habis pengajian di Mesir.

PELUANG KE DUA 

Selesai pengajian sarjana muda di Universiti Al-Azhar, Repubik Arab Mesir, saya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (Master) di Universiti Malaya, Malaysia. Di samping meningkatkan ilmu di Universiti, di sini saya berpeluang untuk memperbaiki cara saya menguruskan kewangan. Saya tahu diri saya mudah kalah dengan emosi bila part berbelanja. Saya tahu kalau saya masih guna cara yang sama seperti saya berada di Mesir, pasti tidak akan berjaya. Saya tahu saya MESTI tukar cara saya menyimpan agar tabung simpanan saya semakin bertambah.

“Insanity: Doing the same thing over and over again,  but expecting different results.” -Albert Einstein

Dari saat itu, saya mencari alternatif lain untuk berjaya dalam membuat simpanan. Hinggalah saya terjumpa solusinya iaitu dengan MENYIMPAN EMAS. Segalanya bermula di sini…

SAYA DAN PUBLIC GOLD

Sebelum menyimpan emas, saya membuat kajian terlebih dahulu tentang emas. Saya mencari info melalui website, blog, seminar dan membaca buku yang berkaitan. Setelah faham basic tentang fungsi emas sebagai simpanan dan manfaatnya kepada pemilik, saya terus membuat tindakan membeli (mencuba) 10 gram emas 999 dari Syarikat Public Gold pada tahun 2013. Yes beli emas di Public Gold, dapat FIZIKAL emas. Bukan pelaburan di alam maya.

Emas 10 gram ketulenan 999.9. Pada tahun 2013, emas 999 PALING KECIL adalah seberat 10 gram. 

Mulai tahun 2013 saya mengubah cara saya untuk menyimpan duit iaitu dengan membeli emas dan simpan. Bila dah tahu dan experienced sendiri betapa efektifnya menyimpan emas untuk mengekalkan simpanan, saya pun share dengan keluarga dan kawan. Bila mereka dah tahu pasal emas dan yakin dengan manfaat, saya menjadi orang tengah tempat mereka berkirim emas (Public Gold branch belum lagi ada di Brunei).

Tanpa disedari dengan usaha cerita dan kongsi manfaat emas, saya telah layak menjadi Authorized Dealer. Bila dah dapat status dealer dan belajar ilmu emas di bawah bimbingan guru emas saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie (penulis buku (1) Zero Hutang (2) Wang Emas dan (3) Misi Bebas Hutang -Terbaru-),  baru saya konfiden untuk sharing tentang emas kepada masyarakat Brunei.

Alhamdulillah, hingga ke hari ini saya masih aktif dan berusaha untuk memandaikan orang ramai tentang emas dengan cara yang betul dan tepat.

AKHIR KATA

Terima kasih kepada anda yang berkunjung ke website khazahkitani.com. Semoga website ini dapat menberikan anda ilmu dan tip yang bermanfaat untuk digunakan. Jika anda berminat untuk membeli emas Public Gold atau belajar tentang emas dengan bimbingan PERCUMA dari saya,  boleh whatsapp saya +673 8817602 (Redzuan).

Selain website ini, anda juga boleh mendapatkan info atau tip emas dan kewangan melalui facebook saya:

Semoga kita dapat berjumpa satu hari nanti, Insya-Allah.

MOHAMMAD REDZUAN MELUDIN
PUBLIC GOLD AUTHORIZE MASTER DEALER
PG CODE: PG028983
+673 8817602
25 RAMADHAN 1439 / 10 JUN 2018

Saya Redzuan atau boleh panggil Ewan. Saya suka berkongsi ilmu tentang pengurusan kewangan dan paling penting ialah mendidik masyarakat di Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia untuk celik tentang emas. Saya akan bimbing secara PERCUMA. Semoga kita berjumpa satu hari nanti, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *